GEJALA terus komited bantu mereka yang memerlukan

 GEJALA terus komited bantu mereka yang memerlukan

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA. 12 Mei — Beberapa buah keluarga berpendapatan rendah (B40) di Projek Perumahan Rendah (PPR) sekitar kawasan Kota Damansara, Petaling Jaya, menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Gerakan Infaq Jom Buat Pahala (GEJALA).

Sumbangan barangan keperluan harian itu diharapkan dapat meringankan beban penduduk terjejas.

Pengasas GEJALA, Zuan Azmi, bersimpati dengan situasi dihadapi mereka yang menempuh kesukaran untuk meneruskan aktiviti harian susulan pelaksanaan PKP buat kali ketiga bagi mengekang penularan wabak COVID-19 itu.

Zuan Azmi menyerahkan sumbangan keperluan asas kepada seorang penduduk di Kota Damansara hari ini.

“Jadi, kami berharap sumbangan yang dihulurkan ini dapat meringankan beban mereka terutama mereka yang terjejas pendapatan kerana tidak dapat keluar bekerja dan mencari rezeki bagi menampung kehidupan yang semakin sukar pada waktu ini.

“Antara barangan keperluan asas yang akan dihulurkan adalah beras, minyak, telur, susu bayi, lampin pakai buang, krimer, gula dan biskut,yang mana diharap dapat meringankan beban keluarga dari golongan B40 yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Golongan yang memerlukan terus dibantu bagi meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan pandemik COVID-19

“Menerusi GEJALA, kami membantu bukan sahaja golangan B40, tetapi ibu tunggal, asnaf, anak yatim dan gelandangan.

“Terima kasih kepada para penderma budiman yang telah bersedekah membantu saya melaksanakan aktiviti GEJALA sepanjang tahun 2020 dan meneruskan projek ini untuk tahun 2021 ini pula,” katanya.

Sementara itu, Zuan berkata, pihaknya menyambut baik usaha orang ramai ingin memberikan sumbangan keperluan harian kepada mereka yang memerlukan. Sila layari laman Facebook rasmi Gerakan Infaq Jom Buat Pahala (GEJALA) untuk maklumat lanjut.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  27  =  33