Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
Gangguan bekalan air tidak berjadual di 13 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 9 Jun ā Sebuah paip pecah di Jalan Kuari telah menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 13 kawasan disini.
Dalam satu kenyataan, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata bagi memastikan kerja-kerja pembaikan ini berjalan lancar, Air Selangor telah menutup bekalan air pada jam, 4.00 petang bermula hari ini.
Penutupan bekalan air ini akan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 13 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur.
Kawasan yang terlibat adalah termasuk Kg Cheras Baru, Pandan Mewah, Taman Muda, Taman Bukit Permai, Taman Bukit Pandan.
Turut terjejas ialah Taman Mawar, Taman Seraya, Taman Mega, Taman Bukit Teratai , Taman Melur, Taman Saga, Taman Putra dan Taman Mestika.
“Kerja-kerja pembaikan ini dijangka akan siap sepenuhnya pada jam 4.00 pagi 10 Jun 2021,” katanya.
Bekalan air akan mula disalurkan semula setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan sepenuhnya.
“Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna,” katanya.
Air Selangor juga sedang mengerakkan lori-lori tangki ke kawasan yang terjejas.
Para pengguna juga diingatkan agar mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mengambil bekalan air dari lori-lori tangki ini.
UntukĀ statusĀ terkiniĀ bekalanĀ air, penggunaĀ bolehĀ merujukĀ kesemuaĀ saluran komunikasiĀ rasmiĀ sepertiĀ aplikasiĀ AirĀ Selangor,Ā lamanĀ ses awangĀ AirĀ SelangorĀ di www.airselangor.com,Ā Facebook,Ā InstagramĀ danĀ Twitter,Ā atauĀ hubungiĀ Pusat PerhubunganĀ AirĀ Selangor diĀ talianĀ 15300.