Gangguan bekalan air: 463 kawasan di 5 daerah Selangor terjejas

 Gangguan bekalan air: 463 kawasan di 5 daerah Selangor terjejas

Gangguan bekalan air berjadual bermula jam 9 malam, 28 September 2021 dijangka pulih sepenuhnya jam 6 pagi, 30 September 2021

KUALA LUMPUR, 31 Ogos — Sebanyak 463 kawasan di lima daerah Selangor dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Ini berikutan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dihentikan tugas akibat pencemaran bau dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir, pagi tadi.

Pencemaran dikesan pada jam 11.10 pagi itu menjejaskan bekalan air di 172 kawasan di Petaling, manakala Hulu Langat (54), Sepang (194), Putrajaya (23) dan Kuala Langat (20).

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri, berkata pengguna terkesan boleh mendapatkan senarai kawasan terbabit menerusi aplikasi serta laman sesawang www.airselangor.com.

Beliau berkata, pihaknya ketika ini bekerjasama dengan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bagi mengenal pasti punca pencemaran air mentah di sepanjang Sungai Semenyih dan anak sungai sekitar kawasan itu.

“Air Selangor juga mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) bagi menyediakan bantuan bekalan air kecemasan kepada pengguna terkesan.

“Kita amat memahami situasi pengguna memerlukan air bersih terutama ketika peningkatan kes COVID-19. Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimumkan impak gangguan kepada pengguna terjejas.

“Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan insiden itu dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Elina berkata, orang ramai boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti Facebook, Instagram dan Twitter, selain Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 untuk maklumat lanjut.

“Mereka juga boleh membuat pertanyaan dan aduan menerusi pautan www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor,” katanya.

Muhammad Iqhwan Hakim Abdullah

iqhwan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  +  26  =  27