Gangguan air 48 jam mulai 30 Mac

 Gangguan air 48 jam mulai 30 Mac

Oleh Suraya Ali

SHAH ALAM, 24 Mac — Pengurusan Air Selangor mengumumkan gangguan bekalan air berjadual selama 48 jam bermula 30 Mac.

Kawasan terlibat ialah lima kawasan di Wilayah Petaling, kawasan di Wilayah Klang (14), dan kawasan di Wilayah Shah Alam (11).

“Gangguan adalah susulan kerja-kerja penyenggaraan aset utama secara berjadual berdasarkan kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN),” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Kerja-kerja itu termasuk pengalihan dan penyambungan paip baharu di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam .

“Kerja-kerja ini akan dijalankan pada 30 Mac 2021, jam 9 pagi hingga 9 malam.

“Ini akan menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di  bermula jam 9 pagi, 30 Mac 2021. Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 9 pagi, 1 April 2021,” tambahnya.

Turut dijalankan ialah kerja-kerja penggantian injap di jajaran paip air mentah dari Empangan Klang Gates dan menyebabkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Bukit Nanas dan Wangsa Maju yang bakal menyebabkan gangguan bekalan air berjadual selama 68 jam di 12 kawasan di Wilayah Gombak dan 46 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur.

“Kerja-kerja penggantian injap ini akan dilaksanakan pada 6 April 2021, jam 9 pagi hingga 9 malam. Bekalan air dijangka untuk pulih sepenuhnya pada 9 April 2021, jam 5 pagi,” katanya.

Para pengguna dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh ini.

Untuk maklumat lanjut dan senarai kawasan gangguan sila ke laman web Air Selangor di www.airselangor.com atau Aplikasi Air Selangor.

Dalam pada itu, Air Selangor juga dalam perancangan untuk melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan aset-aset utama di beberapa loji rawatan air iaitu Loji Rawatan Air Cheras Batu 11 pada 15 Jun 2021, Loji Rawatan Air Sungai Langat pada 6 Julai 2021, dan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 pada 5 Oktober 2021.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan kerja-kerja berjadual ini tertakluk kepada kelulusan daripada SPAN.

Air Selangor akan memaklumkan senarai kawasan-kawasan yang terlibat dan jadual pemulihan bekalan air dengan lebih terperinci setelah kelulusan SPAN diperolehi.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

55  −  50  =