Gambar Timbalan Menteri disiasat dakwaan sambut hari bapa

 Gambar Timbalan Menteri disiasat dakwaan sambut hari bapa

gambar menti

MARAN, 23 Jun – Gambar majlis sambutan Hari Bapa yang dihadiri Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib di kediamannya di Sungai Ling, di sini yang tular menjadi bukti untuk Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Maran melakukan siasatan.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abdul Rahman berkata, kertas siasatan telah dibuka PKD Maran selepas mendapat arahan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) susulan penularan gambar berkenaan dalam media sosial.

“Siasatan lanjut kini diteruskan oleh pihak PKD Maran.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menganjurkan sebarang bentuk majlis atau perhimpunan sepanjang tempoh

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan MKN sepanjang masa dengan harapan dapat memutuskan rantaian wabak pandemik COVID-19,” katanya, di sini semalam.

Menurut Norzamri berdasarkan maklumat, gambar yang ditularkan berlaku pada 19 Jun lalu itu diambil oleh jurufoto Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang telah menghantar gambar itu ke dalam kumpulan WhatsApp untuk simpanan mereka.

Katanya, kehadiran dalam perjumpaan tersebut terdiri daripada kakitangan KPKT dan Pejabat Parlimen Maran bertujuan penyediaan bungkusan barangan sumbangan bantuan kepada mangsa COVID-19 serta perbincangan mengenai perancangan menggalakkan pendaftaran vaksin dalam kalangan masyarakat Orang Asli di Parlimen Maran.

Sementara itu, Ismail gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan mengenai kejadian yang tular berkenaan.

Mohd Fikri Mie

Fikri@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

71  −  67  =