Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
Galeri: Proses pembakaran mayat mangsa COVID-19

Petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumpul tulang mayat mangsa COVID-19 selepas proses pembakaran mayat yang diuruskan oleh DBKL hari ini
KUALA LUMPUR, 12 Jun — Galeri dibawah menunjukkan Petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan proses pembakaran mayat mangsa COVID-19 hari ini.
DBKL mengenakan caj sebanyak RM100 untuk perkhidmatan pembakaran mayat.
Hanya enam mayat mangsa COVID-19 boleh dibakar pada satu-satu masa dan dilakukan daripada 12 tengah hari hingga 2 petang setiap hari.
Pembakaran mayat hanya disambung semula pada 4 petang sekiranya perlu.
Semoga galeri foto ini dapat memberi kesedaran kepada segelintir masyarakat kita yang masih tidak mengambil peduli terhadap arahan kerajaan untuk mematuhi SOP dan memandang ringan wabak COVID-19 ini.
Lindungi diri, keluarga dan masyarakat. Patuhi SOP dan dapatkan vaksinasi — hanya itu caranya untuk kita #menangbersama.
— fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA