Galaxy S21 Ultra: Telefon pintar terbaru dan tercanggih Samsung

 Galaxy S21 Ultra: Telefon pintar terbaru dan tercanggih Samsung

Syarikat teknologi gergasi Korea Selatan, Samsung, mengumumkan tiga telefon pintar terbaru mereka iaitu Galaxy S21, Galaxy S21+, dan Galaxy S21 Ultra.

Telefon sistem Android itu didatangi dengan skrin sebesar 6.8 inci dan memberi pengguna merasai resolusi skrin bertaraf Quad HD+ dengan kadar penyegaran semula 120Hz.

Seluruh koleksi telefon Galaxy S21 ini akan hadir dengan ciri-ciri resolusi tinggi dan kadar penyegaran semula 120Hz.

Telefon Galaxy S21 Ultra ini dikuasai oleh cip Qualcomm Snapdragon 888, bateri bersaiz 5,000mAh dan 12GB RAM serta storan memori bermula dari 128GB. Walau bagaimanapun, pengguna boleh menaiktaraf RAM sehingga 16GB dan pilihan storan memori ke 256GB atau 512GB.

Kesemua koleksi Galaxy S21 hadir dengan reka bentuk kamera yang baru dan diperbuat daripada logam tahan lasak yang memberikan perlindungan kepada kamera.

Selain itu, kamera Galaxy S21 Ultra ini mempunyai sensor pro 108MP dan auto-fokus yang mampu menangkap gambar beresolusi tinggi dan warna yang lebih tepat. Tambahan, kamera telefon ini turut didatangi dua kamera telefoto dengan kelebihan zoom sehingga 100x dan membolehkan gambar tidak kelihatan kabur. Menurut Samsung, kesemua empat kamera mampu merekod kualiti video setinggi 4K 60 FPS (frame per saat) dengan kebolehan merekod video 8K dengan aplikasi 8K Snap dari Samsung.

Telefon ini turut menyokong alat peranti S-Pen tetapi ianya akan dijual berasingan kerana telefon ini tidak mempunyai ruang penyimpanan S-Pen seperti koleksi Samsung Note.

Samsung Galaxy S21 Ultra kini boleh di tempah pada harga serendah RM5,299 dan akan dijual secara rasmi pada 29 Januari.

* Ciri-ciri tersendiri Samsung Galaxy S21 dan Galaxy S21+Koleksi Samsung Galaxy S21 ini juga mempunyai saiz skrin yang sedikit kecil iaitu 6.2 inci untuk Samsung Galaxy S21 dan 6.7 inci untuk Samsung Galaxy S21+.

Kedua-dua telefon pintar ini menyokong resolusi skrin Full HD+ (2,400 x 1,080) dan disertakan juga dengan kadar segar semula 120Hz.

Seperti S21 Ultra, kedua-dua telefon ini dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon 888, disokong oleh kapasiti RAM 8GB dan storan 128GB atau 256GB. Bateri Galaxy S21+ mempunyai 4,800 mAh, sedikit tinggi daripada Galaxy S21 (4,000 mAh).

Kamera pada dua telefon ini bukanlah seperi kamera pada Galaxy S21 Ultra kerana kedua-duanya hanya mempunyai tiga kamera, iaitu 12MP ultra-luas, 64MP telefoto dan mampu zoom sehingga 30x.

Pengguna boleh menempah kedua-dua telefon ini pada harga serendah RM3,699 (Galaxy S21) dan RM4,299 (Galaxy S21+).

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  −  5  =  1