Gagal patuh SOP: Polis Bentong keluarkan 533 kompaun

 Gagal patuh SOP: Polis Bentong keluarkan 533 kompaun

Zaiham (kanan) turut sama berada di SJR Tol Bentong menghala ke Kuantan.

BENTONG, 11 Okt — Polis Bentong mengeluarkan sebanyak 533 kompaun terhadap individu yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan sejak 18 April hingga kelmarin.

Antara kesalahan dilakukan ialah tidak memakai pelitup muka di tempat awam, tidak membuat imbasan MySejahtera serta merentas daerah dan negeri tanpa dokumen yang sah.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, daripada 533 kompaun dikeluarkan sebanyak 180 kompaun dikeluarkan di sekatan jalan raya (SJR) Tol Bentong menghala Kuantan membabitkan kesalahan tiada borang rentas negeri yang sah dan merentas daerah serta negeri tanpa dokumen yang sah (tiada permit pergerakan).

Katanya, kesalahan lain dikesan ialah pemalsuan dokumen rentas negeri sebanyak enam kes yang membabitkan sembilan ‘Orang Kena Tahan (OKT).

“Terdapat tiga SJR di daerah ini membabitkan di Tol Bentong menghala Kuantan, hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Tinggi dan Jalan Kampung Simpang Durian, Manchis. Kira-kira 7,624 pengguna jalan raya yang diperiksa sehari.

“Pada 20 Jun lalu kita berjaya merampas daun ketum seberat 1.505 kilogram SJR Bentong
yang merupakan rampasan terbesar di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas turut sama menyaksikan SJR Tol Bentong menghala ke Kuantan ditutup malam semalam.

Mohd Fikri Mie

Fikri@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *