Gagal dalam perniagaan, lelaki nekad bunuh diri

 Gagal dalam perniagaan, lelaki nekad bunuh diri

SEBERANG PRAI, 24 Jun — Akibat perniagaan yang dijalankannya tidak berjaya, seorang lelaki nekad bunuh diri dengan terjun dari tingkat 10 sebuah pangsapuri di Jalan Raja Uda Butterworth, semalam.

Mangsa yang berusia 26 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.

Menurut laporan akhbar Kosmo!, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, siasatan mendapati mangsa yang tinggal di Taman Bayu, Butterworth itu pergi ke pangsapuri berkenaan dengan motosikal dan menaiki lif ke tingkat 10.

“Mangsa telah duduk dan melunjur kaki keluar di kaki lima sebelum secara tiba-tiba bertindak terjun,” katanya semalam.

Sementara itu akhbar tersebut melaporkan isteri mangsa berusia 26 tahun berkata, lelaki itu dikatakan mengalami tekanan perasaan dan menerima rawatan dari klinik swasta beberapa hari lalu.

“Bapa kepada dua cahaya mata berusia empat dan dua tahun itu mula kemurungan selepas perniagaan yang diceburi gagal dan mengalami kerugian,” katanya lagi.

Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya di sini bagi urusan bedah siasat serta kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan tiada unsur jenayah.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

75  +    =  79