Gabungan 8 rapper dalam satu lagu

 Gabungan 8 rapper dalam satu lagu

PETALING JAYA: Merealisasikan impian peminat hip hop generasi baharu, gabungan lapan bakat muda Yonnyboii, Kmy Kmo, Luca Sickta, Ical Mosh, Benzooloo, B-Heart, Juki, dan Siqma menerusi lagu baharu berjudul DUA PULUH, pastinya menjadi lagu panji mewakili suara-suara muda.

Digubah daripada lagu asal Marysia tulisan Kmy dan B-Heart, semestinya lagu ini membawa makna besar dan peribadi buat mereka semua.

Lagu asal itu sendiri pun berjaya meninggalkan impak tersendiri dalam mencorak cita rasa generasi baharu terhadap genre hip hop sebelum ini.

Tentu sekali, segala apa yang mereka salurkan dalam lagu ini bukan calang-calang dalam misi menyebarkan lagi mesej utama DUA PULUH.

Yang pasti, topik perjuangan memajukan diri itu sendiri sudah menjadi kekuatan untuk lagu ini. Suntikan nyawa, rasa, dan tenaga yang diberikan setiap penyanyi terbabit cukup tulus meskipun terjemahan masing-masing berbeza.

Kepelbagaian itulah menjadi nadi utama yang sekali gus menyempurnakan gabungan kesemua mereka.

B-Heart

Berkongsi cerita di sebalik lagu ini, B-Heart memberikan kredit besar kepada perjuangan Playaz, Kmy mengimbau kisah penghijrahan ke kota besar, Luca sentuh berkaitan keyakinan diri, manakala Juki sampaikan nasihat berguna berkenaan sifat manusia yang boleh menjadi toksik kepada orang lain.

“Lagu ini bertemakan perjuangan jenama Playaz selama lebih dua dekad. Ia menceritakan setiap aspek perjalanan Playaz selama 20 tahun dalam bidang pakaian. 

Projek ini memang saya sangat impikan kerana dapat berkerjasama dengan rakan artis yang saya pandang tinggi. Ia takkan terhasil tanpa ‘mastermind’ kami, Moiz,” kata B-Heart.

Kmy Kmo

Ia sebuah lagu yang mengisahkan mengenai ujian, usaha dan pencapaian masing-masing. Contohnya usaha saya sendiri dari kampung ke kotaraya, dari kotaraya ke peringkat antarabangsa.

“Lagu yang bertenaga, dan mempunyai aura tersendiri, tambahan pula dengan barisan rakan-rakan hebat dengan karakter berbeza,” kata Kmy.

Diketuai lebih lapan orang, projek lagu ini juga tidak terlepas daripada cabaran tertentu. Bukan setakat untuk proses rakamannya, bahkan ada perubahan besar turut berlaku terutama dalam menjayakan penggambaran muzik videonya.

Apapun, dengan azam serta profesionalisme masing-masing, setiap halangan mereka tepis sebaiknya.

Luca Sickta

“Yang mencabar adalah sewaktu proses ‘mixing’ dan ‘mastering’. Ini kerana semua yang terbabit perlu menjalankan proses rakaman berasingan.

Jadi kualiti bunyi untuk setiap rakaman lain-lain namun saya luca bertungkus lumus juga sama-ratakan semua kualiti suara.

“Untuk penggambaran muzik video, kami terpaksa mengubah ‘storyboard’ asal gara-gara kekangan cuaca tidak menentu namun mujur selesai juga kesemuanya. Kami harus meredah tempoh yang cukup panjang dari tengah hari sampai ke malam dan sampai keesokan paginya,” kata Luca.

Apapun, mereka semua akui kerjasama yang terjalin menjayakan DUA PULUH menjadi bukti betapa jauhnya visi masing-masing dalam marakkan lagi industri muzik tempatan.

Bagi mereka, tiada lain diharapkan selain karya ini mampu menambat hati pendengar serta menyerap mesej-mesej penting nukilan mereka.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

77  −  71  =