Foto Esei: “Ia sebuah kontena. Ia adalah rumah kami…”

Teks: Supian Ahmad

Gambar: Noraynee Roslan

Lebih daripada 100 penduduk Kampung Gas di Sandakan, Sabah terjejas disebabkan tragedi kebakaran yang berlaku pada Jun 2018.

Salah seorang mangsa, Noraynee Roslan berkata, ia memusnahkan kediaman mereka sepenuhnya.

Semasa kejadian pada pukul 1.50 petang itu, sebahagian besar penghuni keluar bekerja menyebabkan ramai yang tidak sempat menyelamatkan harta benda dan dokumen penting.

Sehingga hari ini, masih ada penduduk kampung yang belum mampu mempunyai kediaman sendiri.

Mereka sebaliknya tinggal di dalam rumah kontena berhampiran bekas tapak kebakaran yang merupakan sebuah padang bola.

“Tinggal di sini, hujan dan cuaca panas adalah amat menyukarkan selain bilik mandi yang terhad dan persekitaran yang kurang selesa disebabkan keluasan kontena yang kecil,” katanya kepada Wacana.my.

Setiap keluarga diberi sebuah kontena atau lebih bergantung kepada jumlah anggota keluarga.

Keluasan rumah kontena yang kecil itu hanyalah bersaiz 9×20 kaki, mempunyai satu pintu dan dua tingkap.

Tiada sebarang dinding pemisah yang dibina. Tiada had penghuni yang ditetapkan. Terdapat dua pondok untuk memasak dan 12 buah tandas disediakan.

Rumah kontena itu merupakan penempatan keempat selepas yang pertama di Sekolah Kebangsan Gas, PPR Taman Batu Sapi dan kuarters sebuah kilang.

“Sebilangan besar penduduk kampung telah tinggal di sini sejak Disember 2018 dan masih mengharapkan bantuan untuk mempunyai sebuah rumah yang selesa untuk keluarga mereka,” tambahnya.

Walaupun begitu, bekalan air dan elektrik disediakan dan juga selain kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang prihatin turut menghulurkan bantuan.

“Ia sebuah kontena. Ia adalah rumah kami…

Noraynee Roslan, 26, ialah lepasan Universiti Teknologi MARA dalam jurusan Fotomedia Kreatif dan minatnya dalam Fotojurnalism telah membuatkan dia terpilih memasuki beberapa bengkel fotografi dalam dan luar negara seperti Kinabalu Photo Festival dan Indonesian Association for Media Development Workshop for Southeast Asia Journalist

Terbaru karyanya yang bertajuk “Container House” telah digunakan untuk VII Academy ketika mengikuti Photojournalism and Documentary Photography Seminar ini selama 3 bulan dibawah bimbingan Dr Lauren dan Christopher Morris.

Supian Ahmad

supianahmad@wacana.my

Related post

1 Comment

  • Kejadian yang sangat mengayat hati, ditambah lagi dengan gambar gambar keadaan tempat tinggal semasa mangsa kebakaran yang sangat meninggalkan kesan kepada saya sebagai audiens yang melihat. Semoga akan ada pihak yang akan membantu mangsa untuk mendapatkan tempat tinggal yang lebih selesa buat mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

40  −  34  =