Foto Esei: Bagan Datuk sunyi sepi

 Foto Esei: Bagan Datuk sunyi sepi

BAGAN DATUK 30 JUN 2021. Barisan kedai dan perniagaan tutup di pekan itu yang kini sepi tanpa pengunjung. WMY/SUPIAN AHMAD

DAERAH Bagan Datuk yang dulunya dikenali sebagai bagan Datoh merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di muara Sungai Perak, dibuka pada tahun 1896.

Kerajaan negeri Perak menukar ejaan nama daerah Bagan Datoh pada 22 November 2016 semasa sidang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Perak.

Daerah itu juga telah diwartakan sebagai daerah yang ke-12 di negeri Perak dengan memiliki 4 buah mukim iaitu; Bagan Datoh, Rungkup, Hutan Melintang dan Teluk Bharu serta dinamakan semula menjadi Bagan Datuk.

Seekor kucing duduk diatas sebuah peti surat dihadapan pejabat Pos yang sudah tidak digunakan lagi. WMY/SUPIAN AHMAD

Meskipun perjalanan ke Bagan Datuk dari Ipoh mengambil masa lebih kurang satu jam, lokasi itu menjadi antara tumpuan ramai terutamanya di Jeti bagan Datuk.

Jeti Bagan Datuk yang terletak di Bagan Datuk Waterfront menjadi tumpuan kaki pancing, namun kini bertukar rupa menjadi pekan sunyi.

Keadaan sepi dan gerai-gerai kecil kini tutup di Jeti Bagan Datuk dekat Waterfront. WMY/SUPIAN AHMAD

Semuanya disebabkan arahan kerajaan yang melarang aktiviti luar dijalankan dan juga sekatan merentas daerah dan negeri akibat COVID-19.

Pekan kecil yang meriah dengan penjaja kecil menjual beraneka makanan dan minuman turut ditutup.

Gerai-gerai peniaga kecil kini tutup di Waterfront. WMY/SUPIAN AHMAD

Sebelum ini, pada tahun 2018, kerajaan negeri begitu giat menjalankan promosi untuk menjadikan daerah baharu itu sebagai pusat Agro Pelancongan negeri, secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi penduduk setempat.

Gerai-gerai peniaga kecil kini tutup di Waterfront. WMY/SUPIAN AHMAD

Namun kini semuanya hilang entah ke mana, perniagaan dan kedai makan tidak dapat bertahan.. kelibat pelancong baik dari dalam mahu pun luar negeri juga tidak kelihatan.

Walaupun pekan ini tidak padat dengan kenderaan bermotor, keselamatan itu penting. WMY/SUPIAN AHMAD

Keadaan ini memberi tekanan kepada ekonomi di kawasan berkenaan dan tinjauan Wacana.my menyaksikan aktiviti penduduk juga terhad kepada pembelian barang keperluan sahaja.

Barisan kedai dan perniagaan tutup di pekan itu yang kini sepi tanpa pengunjung. WMY/SUPIAN AHMAD

Begitu juga kawasan tumpuan yang dulunya padat, kini lenggang tanpa pengunjung.

Seekor kucing berehat dibawah sebuah kereta di pekan yang sunyi itu. WMY/SUPIAN AHMAD

Bagan Datuk pernah muncul dalam peta dunia sebagai pengeluar kelapa terpenting sekitar penghujung abad ke 19 sehingga pertengahan abad ke 20.

 

Supian Ahmad

supianahmad@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

71  −    =  70