Foto berendam buih sabun Sakinah jadi bualan

 Foto berendam buih sabun Sakinah jadi bualan

PETALING JAYA : Sering tampil dengan foto dan gambar yang menarik perhatian netizen, Sharifah Sakinah mengundang pelbagai reaksi apabila memuat naik gambar berendam di dalam buih sabun.

Perkongsian yang dimuat naik di Instagram itu menampakkan sebahagian tubuh Sakinah seperti sedang berkemban namun ditutupi dengan buih sabun dengan gaya menggoda.

Mengikut kapsyen di gambar berkenaan, Sakinah, 32, kembali aktif berlakon dan gambar yang dimuat naik adalah adegan daripada watak yang diamanahkan kepadanya.

Ruangan komen dipenuhi dengan pelbagai reaksi warga maya yang menasihati pelakon tersebut biarpun tidak dipedulikan oleh Sakinah.

“Saya nak menegur sedikit boleh? Saya tidak tahulah sama ada saya layak untuk menegur awak, tetapi sebagai seorang muslim. Saya nak beri teguran untuk sentiasa beringat..

Kita sebagai wanita ada auratnya dan ada sebab kenapa kita perlu menutup aurat. Harap akak terima teguran ini,” kata seorang peminat.

“Semoga nanti kakak Kinah berubah..InsyaAllah sama-sama kita doakan semoga Kak Kinah menutup aurat,” ujar seorang pengguna Instagram.

“Dunia akhir zaman, malah bangga mendedahkan aurat. Astagfirullah allazim..pengaruh barat. Semoga diberikan hidayah,” kata seorang netizen.

Selain komen negatif, ramai juga peminatnya yang mengingatkan Sakinah agar menjaga aib keluarga dan diri sendiri.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

68  +    =  70