Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
Fokus IR4.0, pastikan graduan tepati kehendak industri utama – UNIMY

KUALA LUMPUR, 18 Mac — University Malaysia of Computer Science & Engineering (UNIMY) menitikberatkan ciri Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dalam sistem pembelajaran institusi itu sebagai usaha melahirkan graduan yang menepati kehendak industri utama negara dan luar negara.
Ketua Lembaga Gabenor UNIMY Profesor Emeritus Datuk Dr Hassan Said berkata bagi tujuan itu, institusi tersebut menumpukan kepada lapan bidang pengkhususan dalam sistem pengajarannya merangkumi Internet of Everything (IOE) serta Kepintaran Buatan dan Mesin Pintar (AI& IM).
Turut diberi tumpuan ialah Interaksi Manusia-Mesin,Ā Realiti Lanjutan – XR (Realiti Berperantara ā AR, Realiti Maya ā VR, Realiti Campuran ā MR), Keselamatan Siber, Pengkomputeran Awan, Pengkodan serta Pengkomputeran Perniagaan, katanya.
āDengan program-program dipacu industri ini, pelajar UNIMY akan melalui suatu program akademik lengkap yang akan menyediakan mereka untuk terlibat secara produktif dalam pembangunan negara.
āProgram UNIMY juga sangat ānicheā dan khusus bertujuan untuk meningkatkan skil pelajar dalam menghadapi era revolusi industri 4.0,ākatanya semasa ditemu bual Bernama di Wisma Bernama, baru-baru ini.
Hassan berkata universiti itu menawarkan program Diploma Sains Komputer: Pembangunan Permainan, Diploma Media Interaktif dan Digital, Diploma Keselamatan Siber dan Sistem Pengurusan Maklumat.
Turut menawarkan program Sarjana Muda Sains Komputer, Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian, Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer dan Sarjana Muda Sistem Pengurusan Maklumat.
āSebagai universiti teknologi digital, UNIMY menawarkan program akademik yang terkini serta menyediakan pelajar dalam menghadapi dunia pekerjaan dan kerjaya yang mencabar pada masa hadapan.
āKami yakin, hanya dengan pengetahuan asas yang mantap serta kompetensi digital yang kukuh akan dapat menjadikan pelajar UNIMY sebagaiĀ Ā graduan yang berdaya saing dalam industri digital negara,ā katanya sambil menambah pelajar akan dibimbing oleh tenaga pengajar yang profesional serta mempunyai pengalaman industri.
Hassan turut menjelaskan kaedah pengajaran juga tidak lagi hanya memfokuskan kepada penggunaan bahan bacaan sahaja, tetapi lebih tertumpu kepada teknologi lebih menarik minat pelajar dalam menyediakan pembelajaran secara interaktif.
āObjektif pengajaran yang mencapai kehendak amat mementingkan penggunaan alat atau menggunakan kedah pedagogi iaitu menyediakan material pembelajaran lebih kepada gambar, animasi atau video untuk menarik minat pelajar.
āKita mahu hasilkan sistem pengajaran yang berbentuk āself-instructional materialsā yang secara tidak langsung membolehkan para pelajar belajar sendiri,ā katanya.
Hassan berkata setiap pelajar UNIMY akan dilengkapkan dengan sukatan pembelajaran yang memenuhi ciri IR4.0Ā selaras dengan program sijil profesional.
Lebih membanggakan, beliau berkata 100 peratus graduan UNIMY berjaya mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian dengan gaji permulaan yang lebih tinggi, berdasarkan data tahun 2019.
Selain itu, beliauĀ berkata kolaborasi UNIMY bersama syarikat induknya, Serba Dinamik Group Bhd telah banyak memberikan inspirasi kepadaĀ pelajar dan graduan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), untuk memacu pembangunan modal insan dan negara.
Hassan berkata Pengarah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Serba Dinamik Group, Datuk Dr Ir Mohd Abdul Karim Abdullah telah banyak mendorong anakĀ mudaĀ dan graduan agar melengkapkan diri dengan kemahiran yang menjadi permintaan dalam industri utama.
UNIMY, yang ditubuhkan pada 2012, kini mempunyai hampir 400 pelajar dan telah menetapkan sasaran untuk memiliki seramai 900 pelajar menyertai institusi pengajian tinggi itu, menjelang akhir tahun ini.