Fitur Khatam bantuan baca Al-Quran Ramadan ini

 Fitur Khatam bantuan baca Al-Quran Ramadan ini

Aplikasi Muslim Pro

Oleh Mohd Kamal Ahmad

KUALA LUMPUR, 11 April – Pengguna Muslim Pro akan dapat menggunakan fitur baharu mulai Ramadan ini iaitu Fitur Khatam, yang akan membolehkan individu mahupun kumpulan untuk menyelesaikan bacaan Al-Quran melalui aplikasi tersebut.

Ramadan adalah bulan ke-9 dalam takwim Hijrah, bulan suci yang dinantikan umat Islam setiap tahun.  Ramadan adalah bulan untuk berpuasa dan bulan di mana Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Membaca Al-Quran di bulan Ramadan adalah amalan yang akan memberikan manfaat rohani bagi orang yang membacanya dan menyelesaikannya pada bulan ini. Untuk membantu umat Islam menyempurnakan amalan ini, fitur terbaharu Muslim Pro akan memberikan fleksibiliti kepada pengguna dalam memilih untuk menyempurnakan bacaan Al-Quran mereka Ramadan ini sama ada secara individu ataupun berkumpulan dan membacanya melalui aplikasi Muslim Pro mahupun menggunakan Al-Quran fizikal.

“Kita akan menjalani Ramadan tahun ini pada musim pandemik yang mana rakyat Malaysia masih tidak dibenarkan untuk merentas negeri oleh kerana sekatan pergerakan yang masih berkuat kuasa. Oleh itu, kami berharap, fitur Khatam yang terbaharu ini dapat menyatukan dan memberikan dua  kemudahan kepada pengguna untuk membaca Al-Quran bersama keluarga dan rakan walapun jarak membatasi mereka,” kata Nik Emir Din, Ketua Muslim Pro Malaysia.

Fitur Khatam Al-Quran Muslim Pro

Membaca Al-Quran di rumah juga tidak perlu lagi dilakukan berseorangan kerana melalui aplikasi ini, pengguna juga dapat membina komuniti untuk membaca bersama setiap hari.

Ciri baharu itu membolehkan mereka membuat kumpulan khatam dan sebagai satu kumpulan, mereka boleh menentukan bahagian dalam Al-Quran kepada anggota untuk dibaca sekali gus mendorong anggota menamatkan bacaan ayat yang ditetapkan.

Lencana Khatam akan diberikan kepada pengguna yang menyelesaikan pembacaannya. Mereka boleh kongsi pencapaian mereka di media sosial untuk mendorong orang lain khatam Al-Quran.

Muslim Pro mensasarkan untuk mencapai 10,000 khatam sepanjang Ramadan ini.

Sedekah untuk pendidikan kanak-kanak

Muslim Pro mencipta Khatam Al-Quran dengan tujuan menjadi niat yang baik kepada amalan yang baik. Fitur khatam ini akan membolehkan pengguna turut serta bersedekah apabila mereka khatam dengan menggunakan aplikasi Muslim Pro.

Ramadan ini, Muslim Pro berikar untuk menaja pendidikan kanak-kanak pelbagai negara supaya program Khatam Al-Quran ini dapat memberi impak positif dan berpanjangan kepada komuniti.

Nik Emir berkata: “Usaha ini akan membolehkan Muslim Pro dan pengguna untuk menyumbang dari segi pendidikan kepada masyarakat untuk pendidikan biasa atau ke kelas membaca Al-Quran. ”

Muat turun aplikasi Muslim Pro di https://go.muslimpro.com/prkhatam.

Muslim Pro mempunyai lebih 100 juta muat turun daripada lebih 200 negara dan penggunanya merangkumi seluruh peringkat umur.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  38  =  44