Fenomena ribut solar melanda bumi malam ini

 Fenomena ribut solar melanda bumi malam ini

Imej Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA). FOTO NASA

LONDON, 12 Okt – Fenomena ribut solar diramal tiba ke bumi pada jam 12 tengah malam ini.

Menurut laporan tabloid The Sun, keadaan itu akan menyebabkan pelbagai masalah utama kepada grid
elektrik.

Menurut Pejabat Meteorologi Britain dan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara Amerika Syarikat
(NOAA), fenomena itu dijangka sampai ke bumi tengah malam ini waktu tempatan.

“Situasi itu diramal akan menyebabkan kejadian ribut geomagnetik kecil dan sederhana.

“Ribut kecil berkemungkinan berterusan hingga 12 Oktober (waktu tempatan) sebelum angin pantas dari
lubang korona tiba dan meneruskan aktiviti geomagnetik aktif,” menurut laporan itu.

Ribut solar berlaku disebabkan oleh sejenis fenomena suar Matahari dikenali Lontaran Massa Korona
(CME).

Ia disifatkan sebagai penyingkiran plasma besar dari lapisan luar Matahari yang dikenali sebagai korona
malah suar (flare) matahari itu boleh memberi kesan kepada sistem komunikasi dengan mengganggu isyarat radio.

Bagaimanapun, medan magnetik bumi dapat membantu melindungi manusia daripada kesan-kesan lebih
ekstrem yang disebabkan oleh fenomena tersebut.

Pejabat Meteorologi Britain menasihatkan masyarakat agar tidak panik.

Esme Johari Wahab

http://wacana.my

esme.johari@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *