Federal Power Holdings sumbang 200 bakul makanan kepada DUN Sijangkang

 Federal Power Holdings sumbang 200 bakul makanan kepada DUN Sijangkang

KUALA LUMPUR, 7 Sept — Sebanyak 200 bakul makanan berjaya diserahkan kepada Pusat Khidmat PAS DUN Sijangkang, untuk diedarkan kepada penduduk yang terjejas akibat wabak COVID-19 yang melanda negara.

Sumbangan itu disampaikan Pengurus Produksi Federal Power Holdings Mohd Shamsul Shahrizan Ayop kepada wakil ADUN Sijangkang, Ustaz Ahmad Shahrum Md Daud.

Antara kandungan bakul makanan itu terdiri daripada beras, gula, tepung, teh, gula dan bihun.

Menurut Ahmad Shahrum, sebelum ini pihaknya telah menerima 100 bakul makanan sumbangan syarikat itu pada bulan lalu, dan diagihkan kepada golongan sasar di DUN Morib.

Katanya, agihan itu dibuat kepada penduduk yang hilang pendapatan dan pekerjaan serta yang sedang menjalani tempoh kuarantin COVID-19.

“Hari ini, kami menerima lagi 100 bakul makanan daripada pihak syarikat Federal Power Holdings.

“Insya-Allah, agihan akan dibuat di sekitar di DUN Sijangkang dan DUN Banting.

“Saya mewakili YB Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi mengucapkan terima kasih kepada pihak syarikat yang menyumbang,” katanya ketika dihubungi Wacana.my hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Federal Power Holdings Datuk Seri Hisham Abdul Wahab ketika dihubungi berkata syarikat itu berharap bantuan yang diberikan mampu memberikan keceriaan kepada penduduk-penduduk yang terkesan dengan COVID-19.

“Syarikat kami sentiasa akan bersama untuk tampil membantu kepada sesiapa yang memerlukan,” katanya.

Fazlan

fazlan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

93  −    =  90