Federal Power Holdings agih 125 bakul makanan di kawasan DUN Tahan

 Federal Power Holdings agih 125 bakul makanan di kawasan DUN Tahan

JERANTUT, 28 Ogos — Sebanyak 125 bakul makanan diterima Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tahan bagi membantu penduduk di lima buah kampung berdekatan yang terkesan dengan wabak pandemik COVID-19 yang melanda negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Mohd. Zakhwan Ahmad Badarddin berkata beliau melahirkan penghargaan di atas sumbangan prihatin barangan keperluan asas daripada syarikat korporat sekali gus memberikan kegembiraan dan keceriaan kepada penduduk-penduduk setempat.

Antara sumbangan pek makanan keperluan asas yang diterima adalah seperti beras, tepung dan bihun.

“Di DUN Tahan, ada 26 kampung di mana dua daripadanya adalah kawasan FELDA.

“Pekerjaan mereka dan hasil pendapatan mereka berbentuk tradisional seperti menoreh getah, mencari ikan dan mencari hasil-hasil hutan.

“Bila berlaku pandemik COVID-19, ia memberi kesan kepada mereka. Sumbangan yang diterima ini akan menggembirakan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima sumbangan 125 pek makanan daripada syarikat kilang bateri solar, Federal Power Holdings Sdn Bhd yang diketuai Pengerusinya, Datuk Seri Hisham Abdul Wahab.

Turut serta mengagihkan sumbangan tersebut adalah NGO Team Amal Kazuko.

Fazlan

fazlan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  −  1  =  1