Fasa kedua Pelan Pemulihan Negara masih dibawah PKP Ketat – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 21 Jun — Fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang akan dilaksanakan setelah negara mencapai nilai-nilai ambang ditetapkan, masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketat dengan aktiviti sosial kekal ditutup dan sekatan pergerakan sepertimana fasa pertama.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata perbezaan utama antara fasa pertama dan kedua adalah dari segi kebenaran peningkatan kapasiti fizikal daripada 60 peratusĀ kepada 80 peratus meliputi sektor dibenarkan selain penambahanĀ beberapa sektor dalam senarai positif yang boleh beroperasi.

Bercakap pada sidang media secara maya hari ini, beliau berkataĀ nilai ambang yang ditetapkan sebelum memasuki fasa kedua adalahĀ penurunanĀ kes harian COVID-19 di bawah 4,000, tahap penggunaan Unit Rawatan Rapi (ICU) tidak lagi di tahap kritikal selain pencapaian 10 peratusĀ penduduk mendapat vaksinasi (lengkap) kedua-dua dos.

ā€œFasa ketiga pula melibatkan usaha vaksinasi dua dos mencapai kadar 40 peratus,Ā penggunaan ICU di tahap selamat manakala kes harian COVID-19 di bawah angka 2,000. Ini akan melibatkan perubahan pendekatan daripada senarai positif meliputi aktiviti dibenarkan kepada senarai negatif aktiviti tidak dibenarkan,ā€ katanya.

Mengulas selanjutnya, Tengku Zafrul berkata aktiviti sosial dijangka dibuka secara beransur-ansur, termasuk pembukaan sesi persekolahan selain kebenaran melawat atau ziarah rumah secara terhad.

Menurutnya, peralihan daripada fasa ketiga keĀ fasa keempat yang juga terakhir, akanĀ melibatkan pembukaan menyeluruh aktiviti sosial dan ekonomiĀ setelah negara mencapai tahap kadar vaksinasiĀ lengkap sebanyak 60 peratus.

ā€œNamun demikian, pembukaan tersebut masih tertakluk kepada SOP (Prosedur Operasi Standard) ketat sertaĀ penjarakan sosial,ā€ katanya.

Tengku Zafrul berkata, pendekatanĀ senarai positif di bawah PKP ketatĀ itu menetapkanĀ hanya sektor perlu seperti pembuat makanan tertentu dibenarkan beroperasi berbanding sektor lain yang tidak boleh beroperasi.

ā€œPendekatan senarai negatif pula lebih terbuka selaras dengan pencapaian kadar vaksinasi (lengkap) 40 peratus. Di bawah pendekatan ini, semua sektor dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti dalam senarai negatif yang melibatkan risiko tinggi terhadap jangkitan,ā€ katanya.

 

 

— BERNAMA

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  −  3  =  4