FAMA terus bantu promosi strawberi Cameron Highlands

 FAMA terus bantu promosi strawberi Cameron Highlands

Oleh Mohd Fikri Mie

CAMERON HIGHLANDS, 22 April — Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) tampil membantu mempromosikan produk strawberi keluaran pusat pelancongan Cameron Highlands sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Timbalan Ketua Pengarahnya, Mohamad Mustahapa Awang berkata, pelbagai usaha dilakukan untuk membantu mempromosikan hasil pertanian berkenaan yang pasarannya kini agak terhad berikutan kekurangan pelancong.

Menurutnya, antara aktiviti promosi yang dilakukan ialah mengatur pasaran secara berterusan ke luar kawasan seperti di Kelantan, Lembah Klang dan Selangor, Melaka, Perak dan Negeri Sembilan di mana mendapat sambutan yang amat menggalakan.

 

Pelbagai produk hiliran dihasilkan daripada strawberi di Cameron Highlands.

Beliau berkata, FAMA Pahang dengan kerjasama FAMA daerah turut membantu mengadakan promosi jualan di Kuantan dan Jerantut di mana usaha berkenaan dilihat berkesan dalam membantu pekebun strawberi.

“Kita hanya mampu mengadakan promosi secara berterusan, selebihnya perlu dilakukan pekebun. Sebagai contoh mengadakan aktiviti jualan keluar dari Cameron Highlands.

“Sebelum ini pasaran strawberi tidak dapat dilakukan sepanjang PKP. Namun kini selepas kebenaran merentas daerah, aktiviti perniagaan dan pelancongan kembali rancak,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, tidak dinafikan pasaran pelbagai hasil pertanian di Cameron Highlands sebelum ini terjejas apabila aktiviti pelancongan di tanah tinggi itu terhenti berikutan PKP.

Mohamad Mustahapa berkata, untuk pasaran hasil pertanian pekebun juga digalakkan secara dalam talian menerusi Agrobazaar Online, Facebook Marketplace, Facebook Shop, WhatsApp, YouTube, Instagram dan medial soaial lain.

Srawberi yang dipetik di Tanah Tinggi Cameron digemari ramai kerana kualiti yang baik

“Dari masa kesemasa kita akan mengadakan pertemuan dengan wakil persatuan dan pekebun dalam usaha membantu golongan terbabit, pertemuan pertama diadakan pada bulan lalu,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pekebun Melayu Cameron Highlands, Datuk Syed Abd Rahman Syed Abd Rashid berkata, sokongan yang diberikan FAMA berupaya membantu golongan pekebun sayur dan strawberi yang terkesan sepanjang PKP.

Menurutnya, promosi yang dilakukan FAMA dapat membantu memasarkan buah strawberi segar ke beberapa negeri terutama apabila jualan hasil pertanian tidak dapat dilakukan.

“Saya mewakili pekebun mengucapkan terima kasih kepada FAMA yang sentiasa memberi perhatian pada kami yang sebelum ini berhadapan masalah pasaran produk pertanian.

“Selepas kerajaan membenarkan rentas daerah sektor pelancongan di tanah tinggi Cameron Highlands kini kembali rancak walaupun pelancong terdiri daripada penduduk Pahang,” katanya.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  4