FAMA Pahang sumbangan 4.5 tan buah untuk binatang

 FAMA Pahang sumbangan 4.5 tan buah untuk binatang

TEMERLOH, 21 JUN – Ketua Cawangan Komunikasi Korporat FAMA Pahang, Mejar Rosli Zakaria (kanan) dan Ketua PKGK Kuala Gandah, Che Ku Mohd Zamzuri Chik Wan Ab Rahman (kiri) memberi gajah makan pisang dan labu. Foto WMY/Mohd Fikri Mie

TEMERLOH, 21 Jun – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang menyumbang sebanyak 2.5 tan pisang nangka dan labu manis untuk makanan 32 gajah yang terdapat di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah Lanchang, di sini semalam.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kali pertama itu bagi menyokong pusat berkenaan yang sebelum ini begitu terkenal sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa terkenal di negara ini.

Pengarah FAMA Pahang, Noh Nik Wan berkata, sumbangan kali ini membabitkan sebanyak 1.5 tan labu manis termasuk 1 tan pisang nangka untuk diagihkan kepada 32 gajah pelbagai umur yang terdapat di PKGK Kuala Gandah.

TEMERLOH, 21 Jun – Ketua Cawangan Komunikasi Korporat FAMA Pahang, Mejar Rosli Zakaria (kanan) dan Ketua PKGK Kuala Gandah, Che Ku Mohd Zamzuri Chik Wan Ab Rahman (kiri) memberi gajah makan pisang dan labu yang disumbangkan FAMA Pahang. Foto WMY/Mohd Fikri Mie

Menurutnya, difahamkan haiwan berkenaan begitu mengemari pisang dan labu yang menjadi makanan tambahan berkhasiat
disediakan setiap hari oleh pihak pengurusan PKGK Kuala Gandah.

Katanya, minggu lalu FAMA turut menyumbang lebih 2 tan pisang, nanas, keledek dan labu manis kepada empat individu yang terbabit dengan pembiakbakaan dalam kurungan komersial dibawah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di daerah ini, Pekan, Lipis dan Bentong yang memiliki pelbagai haiwan
eksotik seperti landak raya, rusa dan pelanduk.

“Program tanggungjawab sosial korporat yang diadakan bukan sahaja memberi kebaikan kepada penerima sumbangan tetapi lebih penting dapat membantu mengelak berlakunya lambakan hasil pertanian apabila pekebun tidak dapat memasarkan keluaran mereka.

“Dalam keadaan negara sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, kita turut dapat membantu komuniti yang terkesan,” katanya, dihubungi di sini hari ini.

Semalam FAMA Pahang diketuai Ketua Cawangan Komunikasi Korporatnya,
Mejar Rosli Zakaria menyumbang 2.5 tan pisang nangka dan labu manis kepada
PKGK Kuala Gandah.

TEMERLOH, 21 Jun – kakitangan FAMA Pahang menurunkan sebahagian daripada 2.5 tan pisang dan labu yang disumbangkan kepada PKGK Kuala Gandah. Foto WMY/Mohd Fikri Mie

Hadir sama Pengurus Pusat Khidmat Pemasaran FAMA Kuantan, Faris Abdullah yang bertanggungjawab menyediakan bantuan berkenaan.

Noh berkata, sumbangan yang diberikan kepada PKGK Kuala Gandah diharap dapat meringankan beban perbelanjaan menyediakan makanan pihak terbabit kepada 32 gajah terutama apabila pusat pelancongan itu ditutup sementara berikutan PKP 3.0.

Sementara itu Ketua PKGK Kuala Gandah, Che Ku Mohd Zamzuri Chik Wan Ab Rahman berkata, pihaknya memperuntukan perbelanjaan RM1 juta setahun bagi menyediakan makanan untuk 32 gajah yang terdapat di PKGK Kuala Gandah.

“Saya mengalukan mana-mana pihak yang sudi membantu menyediakan buah-buahan untuk makanan gajah,” katanya.

Mohd Fikri Mie

Fikri@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

89  +    =  99