FAMA Pahang sumbang 6.24 tan buah untuk binatang dalam kurungan

 FAMA Pahang sumbang 6.24 tan buah untuk binatang dalam kurungan

TEMERLOHc-cTimbalan Pengarah Operasi FAMA Pahang, Shabuddin Mohd Nor (kanan) menyerahkan sumbangan 1.74 tan buah-buahan kepada pemilk Deeland ParkĀ Lanchang, Abdullah Ahmad Mahmud (kiri). Foto WMY/Mohd Fikri Mie

TEMERLOH, 30 Jun – Lembaga Pemasaran Persekutuan (FAMA) Pahang menyumbang sebanyak 6.24 tan labu manis dan pisang kepada binatang dibawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Prihatin.

Timbalan Pengarah Operasi FAMA Pahang, Shabuddin Mohd Nor berkata turut diberikan nangka, nanas dan keledek. Sumbangan berkenaan diharap dapat meringankan beban menyediakan makanan oleh pihak terbabit.

Menurutnya, sumbangan pertama membabitkan lebih 2 tan pisang, nanas, keledek dan labu manis kepada empat individu yang terbabit dengan pembiakbakaan dalam kurungan komersial dibawah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di daerah ini, Pekan, Lipis dan Bentong yang memiliki pelbagai haiwan eksotikĀ seperti landak raya, rusa dan pelanduk.

Katanya, minggu lalu pihaknya turut menyumbang sebanyak 2.5 tan pisang, labu manis dan kepada Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah Lanchang, di sini yang menempatkan 32 ekor gajah.

“Semalam sebanyak 1.74 tan pisang, labu manis, nanas dan nangka disumbangkan kepada Deeland Park Lanchang, di sini yang terbabit dengan pembiakbakaan dalam kurungan komersial rusa sambar dan landak raya.

“Sumbangan berkenaan diharap dapat meringankan beban pengurusan pusat terbabit yang turut terbabit dengan sektor pelancongan dengan menempatkan pelbagai jenis binatang termasuk lebih 70 rusa sumatera,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan pisang, labu manis, nanas dan nangka sebanyak 1.74 tan kepada pemilk Deeland ParkĀ Lanchang, Abdullah Ahmad Mahmud, di sini semalam.

Hadir sama Pengurus Pusat Khidmat Pemasaran FAMA Kuantan, Faris Abdullah.

Katanya, FAMA Pahang akan terus berusaha mengadakan program MAFI Prihatin terutama dalam keadaan negara sedang melaksanakan

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Bantuan bukan sahaja pada binatang tetapi turut membabitkan golongan memerlukan.

“Sekiranya ada permintaan FAMA akan terus memberi bantuan buah-buahan kepada binatang program pembiakbakaan dalam kurungan komersial dibawah Perhilitan Pahang, bagi meringankan individu yang terbabit dengan projek itu,” katanya.

Sementara itu Abdullah berkata, sumbangan buah-buahan sebanyak 1.74 tan akan diagihkan kepada semua binatang, ia dapat bertahan lebih seminggu.

“Ini kali pertama saya menerima sumbangan buah-buahan daripada FAMA, pemberian berkenaan amat bermakna bagi meringankan beban menyediakan makanan terutama pada rusa dan landak,” katanya yang mengucapkan terima kasih pada FAMA Pahang.

Mohd Fikri Mie

Fikri@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

31  −    =  21