Fama Pahang mula adakan JTDL

 Fama Pahang mula adakan JTDL

Pengarah Fama Pahang Saiful Sadri (kanan) bertemu pengamal media pada Majlis Apresiasi Media Fama Negeri Pahang 2021.

KUANTAN, 15 Disember 2021 – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Pahang bercadang untuk mengadakan program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) akhir bulan ini yang berkonsepkan Keluarga Malaysia.


Pelbagai hasil pertanian, ikan, buah-buahan, ayam, daging dan produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan dijual oleh lebih 20 peniaga dengan tawaran harga berpatutan.


Pengarah Fama Pahang Saiful Sadri berkata, program JTDL diadakan bertujuan memberi peluang kepada pengguna mendapatkan barangan krperluan pada harga yang berpatutan selain segar dan bermutu.


Katanya, peniaga sayur terdiri daripada pekebun sendiri di daerah ini, hasil kebun mereka dijual terus tanpa melalui orang tengah.Dengan cara itu harga jualan dapat dikurangkan selain produk lebih kualiti dan bermula.

Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) Fama diadakan dalam pasaraya sebelum ini.


“Kita akan mengadakan program JTDL di kawasan perniagaan food truck Indera Mahkota, di sini selama tiga hari. Program berkenaan dijangka akan mendapat sambutan menggalakan.


“Sebelum ini Fama Pahang pernah mengadakan program JTDL di dalam dua pasaraya terkemuka di daerah dan mendapat sambutan begitu menggalakan,” katanya pada Majlis Apresiasi Media Fama Negeri Pahang 2021, di sini semalam.


Hadir sama Presiden Kelab Media Pahang (KMP) Datuk Nik Naizi Husin. Saiful berkata, pihaknya akan mengadakan program JTDL dua hingga empat kali sebulan bergantung kepada kesesuaian dan sambutan daripada pengguna, keutamaan peniaga diberikan kepada peserta ladang kontrak Fama.

Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) Fama diadakan dalam pasaraya sebelum ini mendapat sambutan menggalakan.


Tambahnya lagi, pihaknya akan meluaskan lagi program JTDL ke semua daerah di negeri ini dengan matlamat untuk membantu mengurangkan perbelanjaan dapur pengguna disemua peringkat.


“Kita berharap media dapat menghebahkan setiap program anjuran Fama terutama yang membabitkan jualan produk pertanian dengan harapan pengguna dapat mengetahui seterusnya datang untuk berbelanja.


“Program anjuran Fama Pahang sentiasa mendapat sambutan, sebagai contoh kita mencatat lebih RM15.7 juta jualan di 24 pasar tani di negeri ini dalam tempoh 10 bulan tahun ini,” katanya.

Mohd Fikri Mie

Fikri@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  73  =  77