FAMA bantu ringankan beban rakyat

 FAMA bantu  ringankan beban rakyat

Pengarah Fama Pahang, Saiful Sadri mengagihkan sayuran dan pisang berangan kepada ibu tunggal di perkarangan Kolej Komuniti Pekan.

PEKAN, 3 November – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Pahang membelanjakan sebanyak RM15,000 bagi menjayakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Prihatin sepanjang tahun ini.

Pengarah Fama Pahang, Saiful Sadri berkata, tujuan utama program berkenaan diadakan untuk membantu meringankan beban mereka yang terkesan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki tahun kedua.


Menurutnya, selain pelbagai sayuran jenis daun dan buah pihaknya turut menyediakan buah-buahan tempatan seperti nangka, pisang, tembikai, durian dan cempedak.Turut disediakan produk industri asas tani.

Katanya, selain membantu golongan memerlukan program MAFI Prihatin turut dapat membantu memasarkan hasil pertanian sebanyak 15 tan keluaran lebih 134 usahawan Fama di negeri ini.


“Sepanjang tahun ini kita mengadakan pelbagai program CSR dibawah MAFI Prihatin membabitkan sumbangan sayuran dan buah-buahan kepada petugas barisan hadapan, rumah kebajikan, asnaf, mangsa bencana alam dan mereka yang terkesan dengan PKP.


“Kita juga turut memberikan kira-kira 2.5 tan keledek, pisang dan labu manis kepada Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah Lanchang, Temerloh yang menempatkan 32 ekor gajah,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas program MAFI Prihatin yang mengagihkan sebanyak 850 kilogram sayuran dan pisang berangan kepada 100 ketua isi rumah (KIR) Ibu Tunggal secara pandu lalu di perkarangan Kolej Komuniti Pekan, di sini semalam.


Hadir sama Timbalan Pengarah (Pembangunan) Fama Pahang, Yazid Yusob dan Pengarah Bahagian Ambilan dan Pembangunan PelajarJabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Noranyza Mohamad Yusoff.

Pada program berkenaan Kolej Komuniti Pekan turut menyampaikan bantuan food bank berupa keperluan asas kepada 100 KIR ibu tunggal daerah ini.Saiful berkata, bantuan MAFI Prihatin Fama Pahang setakat ini memberi manfaat kepada 1,500 keluarga termasuk enam usahawan pemuliharaan haiwan yang menternak landak raya.

Katanya, pihaknya akan terus mengadakan program MAFI Prihatin secara berperingkat dalam usaha membantu golongan memerlukan selain dapat memasarkan hasil pertanian usahawan.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *