FAMA bangunkan 2,343 outlet pemasaran produk tani

 FAMA bangunkan 2,343 outlet pemasaran produk tani

Ahmad (tengah) meninjau produk yang dijual di Agrobazzar Nyior Tujuh, Besut

Oleh Mohammad Ishak

JERTIH, 6 Mac: Lembaga Pesaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah membangunkan 2,343 outlet pemasaran kekal dan spara kekal yang moden sehingga Januari lalu.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, Agrobazzar adalah sebuah outlet peruncitan yang berperanan sebagai pusat pemasaran sehenti dan promosi produk Industri Asas Tani (IAT) serta lain-lain hasil berasaskan pertanian.

Beliau berkata, menerusi pemasaran moden seperti Pasar Tani Kekal (PTK), Rural Transformamation Centre (RTC), Agrobazzar, Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS),Medan Food Truck, seramai 50,189 usahawan bimbingan berjaya merekodkan nilai jualan RM137.1 juta.

Katanya, sehingga ini FAMA juga berjaya membangunkan lapan Agrobazzar di seluruh negara dengan merekodkan nilai jualan RM11,892,699 sehingga Disember 2020 membabitkan 32,292 produk.

“Projek ini merupakan satu entity outlet runcit yang berfungsi menyediakan ruang pasaran yang kompetitif sebagai pusat jualan dan promosi produk IAT,” katanya kepada media selepas melawat Pasar Tani Kekal Nyior Tujuh, dekat sini, hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Datuk Muhammad Pehimi Yusof; ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman; Ketua Pengarah FAMA, Datuk Zainal Abidin Yang Razalli; dan Ahli Lembaga Pengarah FAMA, Datuk Wira Ghazale Muhamad.

Ahmad berkata, pembangunan Agrobazzar Nyior Tujuh adalah satu lagi usaha oleh FAMA dalam membantu usahawan tani selain dijadikan satu lagi hab pemasaran dan jualan produk tempatan berpotensi meraih pendapatan lebih untuk usahawan terbabit.

“Ketika ini Terengganu mempunyai tiga lokasi Agrobazzar iaitu Nyior Tujuh (Besut) selain di Chendering dan Permint Jaya, Kuala Terengganu,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

9  +  1  =