FAM cadang MFL pinda aksi Liga-M untuk persiapan Harimau Malaya

 FAM cadang MFL pinda aksi Liga-M untuk persiapan Harimau Malaya

PETALING JAYA, 31 Mac — Pasukan kebangsaan bimbingan ketua jurulatih Tan Cheng Hoe dijangka mendapat ‘masa tambahan’ dalam persiapan menghadapi tiga aksi getir saingan Kumpulan G, pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) Jun ini.

Ini setelah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengemukakan cadangan kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), untuk menangguhkan aksi Liga Malaysia (Liga-M) melibatkan perlawanan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Timbalan Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, pindaan aksi Liga Super dan Liga Premier itu, membolehkan skuad Harimau Malaya menumpukan sepenuhnya perhatian menghadapi cabaran UAE pada 3 Jun, Vietnam (11 Jun) dan Thailand pada 15 Jun.

“Jika dapat menunda perlawanan selepas hari raya nanti, maknanya kita ada lebih daripada dua minggu untuk membuat persiapan sebelum berlepas ke UAE.

‚ÄúSaya fikir pujian perlu diberi kepada para pemain, kerana permintaan itu sendiri datang daripada mereka kerana mahukan lebih masa untuk berlatih, selain memberi ruang secukupnya kepada jurulatih untuk mempersiapkan pasukan terbaik di UAE nanti,‚Ä̬†katanya¬†pada¬†sidang¬†media selepas¬†majlis¬†menandatangani¬† perjanjian¬†penajaan¬†bersama¬†Casio Malaysia di¬†Wisma¬†FAM di¬†sini,¬†hari¬†ini.

Turut hadir ialah Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin dan Pengarah Urusan Casio Malaysia Tezuka Itsuro.

Aksi terakhir Liga Super dijadual berlangsung pada 22 Mei bagi memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa, sebelum saingan liga bersambung semula pada 2 Julai. Hari Raya Aidilfitri dijangka disambut pada 13 dan 14 Mei.

Sementara itu, Mohd Yusoff yang juga pengurus pasukan kebangsaan mengesahkan tiga pasukan iaitu Bahrain, Jordan dan Australia, telah menyatakan kesudian untuk beraksi menentang skuad Harimau Malaya sebagai aksi pemanas badan, sebelum memulakan baki saingan Kumpulan G kelayakan itu.

Namun, jelasnya beliau akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Cheng Hoe, bagi menentukan dua pasukan terbaik yang akan dipilih menjadi lawan pasukan kebangsaan.

‚ÄúSaya berharap kita dapat berangkat lebih awal dan adakan dua perlawanan persahabatan, sebelum aksi sebenar di UAE nanti,‚ÄĚ katanya.

Sementara itu Mohd Yusoff berkata FAM amat berterima kasih atas penajaan setahun sejak 1 Mac 2021 oleh Casio, manakala Itsuro percaya kerja sama itu akan dapat membantu pasukan kebangsaan mencapai kejayaan yang lebih baik di masa hadapan.

Pada majlis hari ini, turut dilancarkan jam Casio edisi khas Harimau Malaya, yang akan berada di pasaran Mei hadapan.

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

55  −  48  =