Faizal Azumu mahu lihat atlet negara berjaya bina karier selepas bersara

 Faizal Azumu mahu lihat atlet negara berjaya bina karier selepas bersara

KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Menteri Belia dan Sukan yang baharu dilantik, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mempunyai harapan untuk melihat barisan atlet negara menjadi individu yang berjaya dalam kehidupan pasca-karier sebagai atlet.

Ahmad Faizal berkata tugas serta peranan seseorang atlet itu lebih daripada sekadar meraih kejayaan dalam kejohanan disertai dan membawa kegembiraan kepada penonton, malah mereka turut mempunyai tanggungjawab terhadap diri sendiri, terutama dalam membina karier selepas bersara.

“Selain kita hendak memperkasakan sukan di persada dunia, dalam masa sama saya fikir amat penting untuk kita mendapatkan ahli-ahli sukan yang berjaya dalam kehidupan mereka,” katanya dalam temu bual eksklusif di Buletin Bernama, malam ini.

Mengulas mengenai belia, Ahli Parlimen Tambun itu mengakui beliau faham dengan kehendak golongan muda dan bersedia membantu mereka mengharungi cabaran hidup susulan impak pandemik COVID-19.

“Kita perlu mencari jalan bagaimana untuk bekerjasama dengan kementerian lain bagi memastikan ada kursus ‘upskilling’ untuk memastikan golongan muda ini kita sediakan mereka, untuk kita bawa negara ke arah lebih cemerlang,” katanya.

Ahmad Faizal, 50, yang lebih mesra disapa sebagai ‘Peja’ merupakan antara dua muka baharu dalam barisan ‘Kabinet Berorientasikan Hasil’ yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Perdana Putra hari ini.

Fazlan

fazlan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

63  −  61  =