Fahami dulu, jangan cuba tegak benang yang basah musim banjir ini – Ketua Armada Selangor

 Fahami dulu, jangan cuba tegak benang yang basah musim banjir ini – Ketua Armada Selangor

created by Polish

SHAH ALAM, 23 Dis — Ahli parlimen Padang Rengas perlu membaca dan teliti dengan sebetulnya kenyataan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan. 

Ketua Armada Bersatu Selangor Haszrilhafizi Mohayan berkata, Nazri Aziz sebagai “orang lama” dalam politik perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak muda. 

Katanya lagi, “bahasa” kenyataan yang Nazri sampaikan tidak beradap dan dilihat sebagai cuba menegakkan benang yang basah. 

“Fahami satu persatu apa yang dikatakan oleh Ketua Penerangan Bersatu. Berhentilah politik samseng dan jadi contoh yang terbaik kepada anak muda, lebih baik fokus kepada isu bencana banjir yang sedang dialami rakyat malaysia sekarang ini. 

“Anak muda sudah mula benci politik samseng yang ditunjuk oleh segelintir ahli parlimen.

Haszrilhafizi turut menegaskan, sudah tiba masanya Nazri mengotakan janji untuk tidak bertanding pada PRU akan datang.

Terdahulu, Wan Saiful berkata tanggungjawab utama membantu rakyat mestilah diletakkan atas bahu Perdana Menteri dan penyelarasan antara agensi untuk memastikan proses penyampaian bantuan lebih tersusun. 

Nazri Aziz menyifatkan Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, ‘bangang’ kerana cuba merendahkan kredibiliti Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berhubung pengurusan bencana.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

22  +    =  24