Everton kena ‘tukul besi’ Hammers

 Everton kena ‘tukul besi’ Hammers

Ogbonna jaring gol kemenangan West Ham. FOTO West Ham Fans Zone

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Jaringan berharga menerusi tandukan Angelo Ogbonna pada separuh masa kedua sudah cukup untuk memberi tiga mata penting buat West Ham United mencipta kemenangan di Everton, malam tadi.

Dalam perlawanan sengit itu Ogbonna yang juga pemain pertahanan menyumbat gol tunggal perlawanan pada m-74 apabila melompat tinggi dalam petak enam ela menanduk masuk sepakan sudut Jarrod Bowen.

The Hammers menguasai babak pertama tetapi kurang ketajaman dengan penjaga gol Everton, Jordan Pickford hanya sekali diuji menerusi percubaan pasukan pelawat.

Penjaga gol England itu menafikan rembatan Bowen manakala jaringan Tomas Soucek tidak dikira oleh pengadil kerana offside.

Alex Iwobi terlepas peluang terbaik untuk Everton apabila gagal menyentuh bola dalam kotak penalti sebelum percubaan pemain Nigeria itu disekat oleh pemain lawan pada separuh masa kedua.

The Toffees gagal menyamakan kedudukan selepas tiga perlawanan mereka di Goodison Park sebelum ini berakhir dengan kemenangan.

Kemenangan West Ham melonjak mereka ke tangga keenam Liga Perdana untuk berada di atas Everton yang tercicir ke tangga ketujuh.

Esme Johari Wahab

http://wacana.my

esme.johari@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

74  −  66  =