Euro 2020: Sepanyol bersedia walaupun kapten positif COVID-19

 Euro 2020: Sepanyol bersedia walaupun kapten positif COVID-19

Luis Enrique

MADRID, 14 Jun – Sepanyol tidak akan memberi sebarang alasan yang ‘lopek’ di saingan Euro 2020 walaupun persiapan mereka menentang Sweden di perlawanan pertama Kumpulan E diganggu COVID-19, kata Luis Enrique.

Kapten Sepanyol, Sergio Busquets kini sedang menjalani proses kuarantin manakala pemain pertahanan, Diego Llorente dibenarkan menyertai pasukan selepas keempat-empat ujian yang dijalaninya didapati negatif.

Persiapan anak buah Luis Enrique diganggu minggu lalu apabila Busquets disahkan positif sekali gus membuatkan setiap pemain terpaksa berlatih sendiri selain diganti pasukan bawah 21 tahun untuk perlawanan persahabatan terakhir bertemu Lithuania.

Pemain hanya dibenarkan kembali menjalani latihan Sabtu lalu di pusat latihan mereka di Las Rozas, Madrid dan kemudian turun beraksi di Stadium La Cartuja, Seville awal pagi esok bertemu Sweden.

“Jelas sekali ia minggu yang sukar tetapi tiada sebarang alasan untuk kami. Kami mempunyai skuad yang hebat dan tidak sabar untuk turun beraksi esok.”

“Kami perlu mengubah corak perlawanan. Kami tidak dapat beraksi bersama kapten tetapi yakin dapat menyesuaikan diri dengan situasi itu,” kata Luis Enrique pada sidang media.

Semua anggota pasukan Sepanyol sudah melengkapkan proses vaksinasi di Madrid, Jumaat lalu.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

99  −    =  90