Euro 2020: Misi mesti menang Sepanyol

 Euro 2020: Misi mesti menang Sepanyol

SEVILLE, 23 Jun – Sepanyol perlu menang dalam perlawanannya menentang Slovakia pada awal pagi esok di Stadium Estadio de La Cartuja, di sini, untuk kekal di saingan Euro 2020.

Dengan kumpulan E masih terbuka luas dengan baki satu perlawanan, Sepanyol kini menduduki di tangga ketiga dengan dua mata, satu mata di bawah Slovakia yang menduduki tangga kedua.

Slovakia hanya memerlukan satu mata untuk mara ke pusingan kalah mati Euro, selepas tercicir mata dalam kekalahan 0-1 kepada Sweden baru-baru ini, manakala Sepanyol mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Poland.

Ketua Jurulatih Sepanyol, Luis Enrique memilih untuk membuat hanya satu perubahan pada kesebelasan utamanya dengan mengekalkan penyerang prolifik Alvaro Morata di posisi No.9.

Morata menjaringkan gol pembuka Sepanyol ketika menentang Poland pada Ahad lalu, namun gol penyamaan Robert Lewandowski pada babak kedua serta Gerard Moreno yang tidak menjaringkan sepakan penalti telah memastikan malam yang mengecewakan bagi Enrique.

 

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

23  −    =  13