Euro 2020: England dapat kelebihan

 Euro 2020: England dapat kelebihan

Foto The Athletics

WEMBLEY, 24 Jun — Kelebihan berpihak kepada England kali ini apabila menjadi tuan rumah pusingan kalah mati pertama Euro 2020 yang menembungkan semula permusuhan lama antara England dan German yang akan bertemu di Stadium Wembley pada 30 Jun ini.

Skuad kendalian Gareth Southgate itu perlu menang untuk melepaskan dari sumpahan lama yang melanda England ketika menentang German dalam kejohanan utama.

Kali terakhir kedua-dua negara ini bertemu, England dibelasah oleh German 1-4 di pusingan kalah mati pertama Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, manakala kali terakhir England menang adalah pada Euro 2000 namun disingkirkan pada peringkat kumpulan.

Berbekalkan pemain muda seperti Harry Kane, Jadon Sancho dan Trent Alexander Arnold yang menyinar di dalam saingan liga England dan German, skuad Three Lions kali ini berpeluang untuk menang kali ini menentang musuh lama mereka.

Namun, German yang turut dibintangi pemain muda seperti Joshua Kimmich, Serge Gnarby dan Kai Havertz, yang menjaringkan satu-satunya gol di final Liga Juara-Juara musim lepas, tidak akan mengalah begitu sahaja.

Walaupun memulakan kempen Euro 2020 mereka dengan kekalahan 0-1 pada Perancis, skuad kendalian Joachim Low berjaya bangkit semula dengan kemenangan 4-2 menentang Portugal pada perlawanan kedua dan seri 2-2 untuk mara ke pusingan kalah mati.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  7