Erna letak jawatan Perdana Menteri Norway

 Erna letak jawatan Perdana Menteri Norway

Erna bukan lagi PM Norway. FOTO BERNAMA

COPENHAGEN, 13 Okt – Norway akan membentuk kerajaan baharu selepas Perdana Menteri Norway Erna Solberg meletak jawatan.

Erna, 60, menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Raja Norway, Raja Harald V dalam pertemuan di Istana Kerajaan pada Selasa, selepas menjadi PM negara itu selama lapan tahun.

“Raja Harald V menerima surat peletakan jawatan saya dan meminta saya untuk meneruskan tugas sementara kerajaan baharu dibentuk,” kata Solberg pada sidang media selepas pertemuan itu, lapor  Xinhua.

Raja Harald V kemudian menugaskan pemimpin Parti Buruh, Jonas Gahr Store untuk membentuk kerajaan baharu.

Pengunduran Solberg ekoran kekalahan Parti Konservatif pimpinannya dalam pilihan raya parlimen pada 13 Sept lepas. Parti itu ditewaskan oleh parti gabungan yang diterajui Store.

Esme Johari Wahab

http://wacana.my

esme.johari@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *