Enam pelajar suspek kes buli digantung sekolah dua minggu, dicadang ditamat pengajian – Mahdzir Khalid

 Enam pelajar suspek kes buli digantung sekolah dua minggu, dicadang ditamat pengajian – Mahdzir Khalid

KUALA LUMPUR, 11 Dis — Enam pelajar yang kini dalam tahanan polis selepas didakwa terlibat dalam satu kes buli di sebuah maktab berasrama penuh di Kuala Kangsar digantung persekolahan selama dua minggu serta merta. 

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid enam pelajar berkenaan juga dicadang ditamatkan pengajian di Maktab Rendah Sains Mara. 

Terdahulu pada petang Jumaat, kesemua suspek berusia 13 tahun ditahan ketika hadir di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar antara pukul 6 hingga 7 petang.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kejadian tersebut didakwa berlaku ketika beberapa murid di maktab berkenaan sedang menjalani kuarantin dipercayai setelah menjadi kontak rapat murid yang positif COVID-19.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

17  +    =  21