Enam pekerja berjaya selamatkan diri dalam kebakaran

 Enam pekerja berjaya selamatkan diri dalam kebakaran

Pihak bomba memadamkan kebakaran sebuah stor terbuka tempat penyimpanan peralatan bas di Jalan Cemerlang, Kampung Seri Serdang, Taman Tampoi Utama, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU, 23 Jul  — Enam pekerja berjaya memyelamatkan diri apabila sebuah stor terbuka tempat penyimpanan peralatan bas terbakar di Jalan Cemerlang, Kampung Seri Serdang, Taman Tampoi Utama di sini semalam.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II Lasidin Nariano, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut jam 3.28 petang.

Seramai 27 anggota dari BBP Larkin dibantu BBP Iskandar Puteri bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan kerja pemadaman.

“Operasi turut melibatkan tiga jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT), satu Unit Bantuan Perhidmatan Kecemasan dan dua unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM).

“Kejadian melibatkan sebuah stor terbuka. Dalam kejadian tersebut, kebakaran disedari penduduk setempat yang ternampak asap tebal dari jauh lalu menghubungi pihak bomba bagi mendapatkan bantuan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Beliau berkata, semasa kejadian terdapat enam pekerja sedang melakukan kerja namun sempat melarikan diri.

Lasidin memberitahu, kebakaran telah memusnahkan 45 peratus daripada keseluruhan stor tersebut.

Operasi pemadaman tamat jam 4.54 petang, punca kebakaran dan kos kerugian masih dalam siasatan.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

39  −  34  =