Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
Enam AJK masjid, surau positif COVID-9

Oleh Nurman Nasyriq
JOHOR BAHRU, 25 Mei – Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengambil langkah proaktif dengan memantau ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan surau di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, proses itu dimulakan di daerah ini bertempat di Masjid At- Taqwa, Taman Kota Masai dan Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti.
“Seramai 75 petugas Kesihatan yang terlibat dalam saringan pada hari ini iaitu anggota Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai, Mersing, Segamat, Pontian dan Tangkak.
“Hasil pemantauan itu, seramai 323 AJK masjid dan surau di Johor Bahru hadir.
Daripada jumlah itu, enam kes positif dikesan manakala 233 negatif dan 84 orang masih menunggu keputusan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Bagi kes positif, tindakan pengesanan kontak dan kawalan sedang dijalankan Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru.