Empat “gangster” sekolah ditahan polis

 Empat “gangster” sekolah ditahan polis

IPOH, 11 Dis — Empat pelajar telah ditahan polis kerana menjadi suspek kes buli rakan di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar petang tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, keempat-empat pelajar berusia 13 tahun itu ditahan ketika hadir di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar antara pukul 6 hingga 7 petang.

“Kita menahan empat pelajar untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Sebelum ini, beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau berkata, kesemua lapan pelajar terlibat termasuk seorang mangsa telah dikenal pasti dan mereka dipanggil bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan.

Katanya, turut dipanggil untuk dirakam percakapan ialah pemilik akaun media sosial yang menularkan video kejadian itu.

Siasatan awal polis mendapati, kejadian buli terbabit melibatkan tujuh suspek tingkatan 1 berusia 13 tahun dan berlaku pada antara jam 1 hingga 2 pagi (9 Disember).

“Satu laporan polis telah dibuat oleh pengetua sekolah berkenaan hari ini ekoran penularan video pergaduhan yang mendapat perhatian ramai,” katanya.

Beliau berkata, Polis Daerah Kuala Kangsar juga mengesahkan menerima satu laporan berkaitan kes itu daripada pengetua sekolah terbabit kira-kira jam 1 tengah hari tadi berikutan daripada tularnya rakaman video insiden berkenaan sehingga mendapat perhatian meluas wargamaya.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  3