Empat cawangan BERSATU ini tiada sebarang masalah – Md Firdaus Mashor

 Empat cawangan BERSATU ini tiada sebarang masalah – Md Firdaus Mashor

MELAKA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menafikan laporan mengatakan pusat daerah mengundi (PDM) parti itu di empat cawangan dalam Dewangan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, ditutup.

Ia susulan tindakan laporan mengatakan 500 ahli BERSATU di PDM Pasir Puteh, Taman Rumpun Bahagia, Peringgit dan Kampung Pengkalan Batu, didakwa keluar parti semalam.

Ketua BERSATU Cawangan Pengkalan Batu, Naib Ketua BERSATU Hang Tuah Jaya, Tuan Md Firdaus Mashor menegaskan empat cawangan itu tidak ditutup akibat tindakan keluar parti itu, sebaliknya masih kekal beroperasi sepenuhnya seperti biasa.

Beliau menegaskan, sidang media yang diatur sejumlah individu yang mendakwa daripada BERSATU semalam, adalah sabotaj oleh pihak tertentu dalam tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Kami ingin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan penutupan empat PDM di bawah DUN Panglalan Batu, sebaliknya semua masih beroperasi sepenuhnya.

“Saya ingin tegaskan semua empat cawangan BERSATU ini tiada sebarang masalah, serta masih utuh dan kukuh.

“BERSATU Bahaguan Hang Tuah Jaya juga kekal istiqomah dengan parti yang kami cintai ini, dan tidak terkesan dengan sabotaj pihak tertentu semasa musim pilihan raya ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk Razali Idris dan Ketua ARMADA Negeri Melaka/ Ketua ARMADA Hang Tuah Jaya, Muhammad Afiq Nazmi Azharin.

Semalam, media melaporkan 500 ahli BERSATU daripada empat PDM di bawah DUN Pengkalan Batu mengumumkan keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan negeri dan BERSATU Bahagian Hang Tuah Jaya.

Mengulas tindakan keluar parti itu, … menegaskan tindakan keluar masuk parti, khususnya ketika musim pilihan raya adalah perkara biasa, sama ada akibat sabotaj atau agensa pihak tertentu.

“Kami yakin perkara ini tidak menjejaskan Perikatan Nasional (PN) dalam PRN Melaka dan kami yakin pengundi bijak menilai yang mana betul atau salah,” katanya.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

69  −  67  =