• Sunday, 20 June 2021, 2:11 pm

Empat beranak nyaris rentung

 Empat beranak nyaris rentung

 

Oleh Nurman Nasyriq

KOTA TINGGI, 3 Jun — Empat beranak yang sedang tidur nyaris rentung apabila rumah mereka di Felda Air Tawar 1, dekat sini musnah dalam kebakaran hari ini.

Kejadian pada jam 2.47 pagi itu dipercayai bermula dari ruang tamu rumah itu dan disedari salah seorang ahli keluarga berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azman Jantan berkata, semasa kejadian terdapat empat ahli keluarga berusia antara 19 hingga 51 tahun di rumah berkenaan.

Anggota bomba sedang cuba memadamkan kebakaran yang berlaku

Difahamkan mereka sedang nyenyak tidur tetapi berjaya menyelamatkan diri sebaik sahaja menyedari api mula marak.

Azman berkata, seramai 21 pegawai dan anggota dari BBP Kota Tinggi dan BBP Penawar dengan lima jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pihak bomba di lokasi kejadian, kita dapati api sedang marak. Kita memadamkan kebakaran dengan menggunakan dua aliran 61 meter sumber air dari pam jentera J1-50 dan sumber air pili bomba berdekatan sehingga api padam sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Seramai 21 pegawai dan anggota dari BBP Kota Tinggi dan BBP Penawar dengan lima jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, kebakaran telah memusnahkan 90 peratus daripada keseluruhan rumah tersebut, namun tidak mengakibatkan sebarang kecederaan dan punca kebakaran serta nilai kerugian masih dalam siasatan.

Operasi tersebut ditamatkan pada jam 4.45 pagi.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *