Empat anggota TUDM maut dalam kes tembakan di Kem TUDM Kota Samarahan

 Empat anggota TUDM maut dalam kes tembakan di Kem TUDM Kota Samarahan

KUCHING, 13 Ogos — Empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut dalam kejadian tembakan di kem TUDM di Kota Samarahan di sini, pagi tadi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata buat masa ini pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenai insiden itu.

“Ya berlaku, tetapi buat masa ini siasatan masih dijalankan,” katanya pada Jumaat.

TUDM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan berlaku satu insiden tembakan membabitkan empat warga TUDM pada pukul 7.15 pagi tadi di Unit TUDM di Kota Samarahan, Kuching ketika waktu anggota bertugas.

“Pihak TUDM menggesa semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan oleh polis selesai.

“TUDM akan menubuhkan satu Lembaga Penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,” menurut kenyataan itu.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  66  =  73