Elak ditahan, pemandu cuba rempuh polis

 Elak ditahan, pemandu cuba rempuh polis

KUALA LUMPUR : Pihak polis terpaksa melepaskan tembakan terhadap melepaskan tembakan kepada kenderaan yang cuba merempuh pihak polis dalam kejadian di Jalan Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu.

Seorang lelaki bersama dua lagi rakannya dipercayai tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan cuba melepaskan diri daripada di tahan pihak polis dalam kejadian pagi Selasa itu.

Sekadar gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, kereta itu pada mulanya ditahan oleh Unit Kereta Peronda Polis (MPV) di Tanjung Aru di sini, selepas menerima maklumat pasangan suami isteri sedang bergaduh dalam kenderaan berkenaan.

Menerusi laporan Harian Metro, anggota MPV bertugas kemudiannya mengarahkan semua individu membabitkan empat lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 20 hingga 34 tahun itu turun dari kenderaan.

“Seorang lelaki dan wanita mendakwa mereka adalah pasangan suami isteri memberikan MyKad untuk diperiksa. Dua lagi individu mendakwa tidak membawa MyKad dan seorang lagi iaitu pemandu kereta memberitahu MyKad miliknya berada di tempat duduk pemandu. 

“Tiga daripada suspek termasuk wanita terbabit bertindak masuk semula ke dalam kenderaan dan terus memecut laju meninggalkan dua rakannya termasuk suami kepada wanita terbabit,” katanya.

Menurutnya, anggota MPV terus mengejar kenderaan berkenaan namun sebaik sampai di Jalan Tun Fuad Stephens yang sesak, pemandu kenderaan bertindak berpatah balik secara berbahaya dan hampir merempuh anggota polis.

“Keadaan itu menyebabkan anggota polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar untuk memberhentikan kenderaan suspek.

“Suspek akhirnya memberhentikan kenderaan di tengah jalan dan terus melarikan diri bersama dua lagi rakannya meninggalkan kereta terbabit,” katanya.

Mohd Zaidi berkata, suspek wanita akhirnya berjaya ditahan di sebuah bilik penginapan di Sinsuran dan siasatan mendapati MyKad yang dibawa adalah milik orang lain.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

75  +    =  79