Izz Fizz

izz@wacana.my

UTAMA

Kempen Kibar Bendera Wilayah dilancar serentak

KUALA LUMPUR, 3 Feb 2022: Majlis pelancaran Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan yang dilancarkan serentak di pusat membeli belah terkemuka iaitu Suria KLCC, Pavilion Kuala Lumpur dan Mid Valley Megamall. Penyertaan warga Wilayah Persekutuan dan semua pihak dalam menjayakan Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan ini jelas menonjolkan masyarakat yang harmoni, prihatin, maju dan sejahtera. Lantaran […]Read More

Semasa

Shahidan beri nafas baharu Hari Wilayah

Pada 1 Februari 1974, iaitu 48 tahun lalu, Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan. Wilayah Persekutuan merangkumi tiga buah wilayah termasuk ibu negara Kuala Lumpur yang kini berusia 50 tahun. Selepas 10 tahun penubuhannya, Labuan pula diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan dan kemudiannya Putrajaya. Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 4 Segambut, Abdullah Imbi berkata, sejak […]Read More

Semasa

Rusuhan dipercayai salah faham

IPOH: Tular dan kecoh di media sosial pagi ini apabila terdapat satu rusuhan kecil telah berlaku di berhadapan sebuah restoran di sini, semalam. Insiden rusuhan itu berlaku di kawasan Station 18 Pengkalan, Ipoh dan kejadian melibatkan seorang mangsa lelaki yang memandu sebuah kereta yang dituduh mencuri telefon bimbit. Berikutan itu, berlaku kejadian kejar-mengejar antara mangsa […]Read More

Semasa

Warga emas maut digilis lori

SUNGAI PETANI: Malang tidak berbau apabila, seorang penunggang motosikal dilaporkan maut selepas digilis lori. Penunggang malam berkenaan terbabit dalam kemalangan ngeri di Jalan Bukit Selambau-Jeniang, dekat sini, malam tadi. Dalam kejadian pada 8.50 malam itu, lelaki warga emas berusia 62 tahun yang juga pesara tentera meninggal dunia di lokasi kejadian akibat mengalami cedera parah dikepalanya. […]Read More

Semasa

Limpahan cahaya memukau pengunjung ke Putrajaya

PUTRAJAYA: Menarik dan memukau apabila Tangga Putrajaya kini dilimpahi pemetaan cahaya lampu-lampu indah yang mengambil semangat Keluarga Malaysia. Ia merupakan simbolik untuk meraikan Hari Wilayah Persekutuan 2022. Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim melancarkan program Bulan Pencahayaan Putrajaya di Tangga Putrajaya bersempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari depan. Program pemetaan cahaya […]Read More

UTAMA

UPSI, UNITAR jalin kerjasama dua hala pendidikan awal kanak-kanak

Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) dengan Universiti Antarabangsa UNITAR (UNITAR) semalam bagi mengukuhkan kerjasama dua hala  antara dua pusat pengajian itu. Menurut Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff berikutan kerjasama itu kedua-dua pihak akan  melaksanakan program penyelidikan, penerbitan, kepakaran, perundingan, bengkel atau seminar, pertukaran pelajar, […]Read More

Semasa

Ibarat pelangi selepas hujan, terima kasih KWP

PUTRAJAYA, 27 Jan 2022 – Sumbangan wang tunai RM150 dan buah limau sempena sambutan Tahun Baharu Cina, mengharukan komuniti Cina di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Bantuan dihulurkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) melalui Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Putrajaya, sebagai usaha menyemarakkan perayaan khususnya bangsa Tionghua di wilayah ini. Rata-rata penerima bantuan meluahkan rasa terharu kerana bantuan […]Read More

Semasa

Pahang beri air percuma selama tiga bulan?

KUANTAN: Bagi meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat, satu inisiatif telah dilaksankan bagi memberikan pengecualian bayaran bil air selama tiga bulan yang akan bermula bulan ini. Difahamkan, inisiatif ini diambil oleh Kerajaan Pahang bagi meringankan beban yang ditanggung rakyat, khusus yang terkesan akibat bencana banjir di negeri berkenaan. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan […]Read More

Semasa

Kerajaan pertimbang longgarkan SOP setelah Vaksinasi selesai

PUTRAJAYA: Selepas berakhirnya proses vaksinasi COVID-19 termasuk pemberian dos penggalak, di negara ini, kerajaan bakal mempertimbangkan untuk melonggarkan lagi prosedur operasi standard (SOP) kepada rakyat selepas ini. Perkara ini turut disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berada di Majlis Amanat Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya, hari ini. Perdana Menteri berkata, […]Read More

politik

PN bersedia hadapi PRN Johor – Muhyiddin Yassin

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan pada bila-bila masa susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), sebelum ini. Presiden BERSATU yang juga Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata meskipun PN adalah sebahagian daripada kerajaan negeri Johor sebelum ini, namun keputusan pembubaran DUN dibuat tanpa perundingan dengan […]Read More