Amerul Muner Mohammad

Amerul@wacana.my

PENDAPAT

SPR mampu laksanakan PRN Melaka ikut SOP dengan lancar

SELARAS dengan tugas dan tanggungjawab yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Setelah lebih dua tahun COVID-19 melanda dunia, sekali lagi Malaysia akan menyaksikan PRN dijalankan mengikut norma-norma baharu, bagi memastikan lunas-lunas demokrasi  dipatuhi dalam apa sahaja keadaan. Pengundian PRN Melaka pada […]Read More

UTAMA

Kerajaan Negeri Melaka runtuh, kerajaan sementara harus teruskan pentadbiran

SEBUAH lagi kerajaan negeri runtuh akibat  perpecahan dalam parti yang memerintah. Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka menarik sokongan mereka terhadap Ketua Menteri menyebabkan kerajaan hilang majoriti untuk  terus memerintah. Lanjutan daripada itu, Yang Dipertua telah memperkenankan permohonan Ketua Menteri untuk membubarkan DUN pada 5.10.2021. Pembubaran DUN bukanlah perkara asing kerana Perlembagaan Negeri  Melaka […]Read More

PENDAPAT

Wajarkah undi wajib diperkenalkan?

ANTARA elemen utama dalam demokrasi adalah pilihan raya. Rakyat bukan hanya diberi hak, malah bertanggungjawab untuk memilih wakil bagi membawa hasrat dan inspirasi rakyat ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN). Perwakilan rakyat adalah amat penting terutama dalam proses pembikinan undang-undang dan polisi kerajaan yang akan melibatkan kesejahteraan keseluruhan rakyat. Malaysia telah ‘meraikan’ proses […]Read More

PENDAPAT

Pilihan raya di Malaysia: Pilih calon atau parti?

SEBAGAI sebuah negara demokrasi dengan raja berperlembagaan, Malaysia perlu mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) selewat-lewatnya pada tahun 2023. Mengikut Perlembagaan Persekutuan hanya Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai kuasa untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihan raya diadakan. Pembubaran tersebut akan dilakukan atas nasihat Perdana Menteri. Dengan lain perkataan, hanya Perdana Menteri yang akan mengetahui dengan […]Read More

PENDAPAT

Perdana Menteri perlu berkhidmat untuk memimpin

TEKA-TEKI mengenai pelantikan Perdana Menteri baharu kini telah tamat. Keputusan ahli-ahli Parlimen ini dianggap sebagai keputusan rakyat tetapi sama ada benar-benar mewakili hasrat dan inspirasi rakyat, tidak dapat dipastikan sepenuhnya. Namun apa yang dilakukan oleh Duli Yang di-Pertuan Agung  (YPDA) adalah berdasarkan kepada lunas undang-undang negara dan tidak perlu dipertikaikan. Titah Tuanku untuk Perdana Menteri […]Read More

PENDAPAT

Sokongan majoriti Perdana Menteri sepatutnya di Parlimen, bukan akuan bersumpah

KEMELUT politik di Malaysia sudah hampir ke penghujung apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) pada Isnin lalu untuk mengemukakan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri apabila keadaan jelas menunjukkan bahawa beliau telah hilang kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat. Berdasarkan kepada Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan, YDPA boleh membubarkan Parlimen […]Read More

politik

Apabila Parlimen ditutup, keluh-kesah rakyat disalur ke media sosial

BERDASARKAN kepada Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Khas) 2021 yang disiytiharkan pada 11.1.2021, darurat bagi mengawal pandemik COVID-19 telah tamat berkuat kuasa 2.8.2021.  Usaha vaksinasi yang dijalankan oleh kerajaan mendapat pujian di peringkat global. Setakat hari ini, 21 peratus rakyat Malaysia telah mendapat vaksin dan kita sekarang menuju ke arah vaksinasi kelompok yang dianggap sebagai langkah utama […]Read More

NASIONAL

Derma politik: Sumbangan atau pelaburan?

TERLALU banyak perbincangan mengenai derma politik, namun dari semasa ke semasa perkara ini timbul dalam pelbagai bentuk yang menyebabkan masyarakat teruja untuk terus membincangkan semula. Keputusan Mahkamah Rayuan pada 16.7.2021, sekali lagi menghangatkan perbincangan berkaitan derma yang diberikan kepada setiausaha agung sebuah parti politik, yang juga menjawat jawatan sebagai  menteri kerajaan persekutuan pada ketika derma […]Read More

NASIONAL

Pembiayaan politik dan bendera putih

                            PAKEJ Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28.6.2021 merupakan suatu pakej bantuan kepada rakyat Malaysia yang masih dibelenggu oleh ancaman COVID-19. Ramai rakyat menghadapi kesukaran yang mendesak akibat hilang punca pendapatan […]Read More

NASIONAL

Angkatan Tentera Malaysia perkasa usaha negara perangi COVID-19

FUNGSI utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah mempertahankan kedaulatan negara dari segala ancaman luaran. Bagi tujuan tersebut, semua cabang ATM, sama ada darat, laut dan udara dibekalkan segala kelengkapan yang bersesuaian bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Di samping aset-aset moden dan canggih yang dimiliki oleh ATM, kepakaran anggota untuk mengendalikan aset-aset tersebut juga amat […]Read More