Edar cecair ganja, pelajar warga asing berdepan hukuman gantung sampai mati

 Edar cecair ganja, pelajar warga asing berdepan hukuman gantung sampai mati

KUALA LUMPUR, 23 sept — Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur telah berjaya menangkap seorang pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di tepi Jalan Alamanda 2, Presint 1 Putrajaya, Kuala Lumpur.

Saspek merupakan warganegara asing, berumur dalam lingkungan 29 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Kuala Lumpur, ACP Sahar Abd Latif berkata ketika pemeriksaan hendak dijalankan, saspek bertindak untuk melarikan diri namun telah berjaya ditahan oleh pihak Polis.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas saspek telah berjaya menjumpai dadah yang disyaki cecair Cannabis seberat 200.62 gm,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, hasil saringan awal Polis ke atas saspek mendapati positif dadah jenis THC.

“Saspek bagaimanapun tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya.

Siasatan awal pihak Polis, mendapati cecair Cannabis ini digunakan dengan cara mengisi cecair tersebut di dalam rokok elektronik (vape).

Ianya mendapat permintaan yang tinggi dikalangan rakan-rakan rapat saspek.

“Urusan jual beli dijalankan melalui media sosial.

“Cecair ini boleh memberi kesan yang menghayalkan seperti penggunaan dadah jenis Ganja,” katanya.

Dengan tangkapan ini, pihak Polis berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang didalangi oleh warganegara asing yang dikesan
aktif selama dua bulan di sekitar Lembah Klang.

Saspek ditahan reman selama (14) hari bermula 22 Sept hingga 05 Oct 2021.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Pihak Polis turut menasihatkan kepada pengguna-pengguna rokok elektronik agar tidak mengambil apa-apa cecair yang mengandungi dadah terlarang sepertimana yang tertaklut di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  36  =  38