Ebek 14.2 kg dari Redang tumpas

 Ebek 14.2 kg dari Redang tumpas

Sufian (kiri) bersama rakan mendapat ikan ebek di perairan Pulau Redang

Oleh Mohammad Ishak

KUALA TERENGGANU, 27 Feb: Pelancong ke Terengganu biasanya mengetahui pulau negeri ini sebagai destinasi peranginan atau percutian dengan keindahan alam semula jadi dan pantai yang cantik.

Tenggiri di lubuk Pulau Perhentian

Berlainan pula dengan kaki pancing kerana bagi mereka kebanyakan pulau di negeri ini adalah lubuk ikan yang sentiasa memberi rezeki dan kepuasan.

Pulau Perhentian, Redang dan Kapas adalah antara lubuk yang dihuni pelbagai spesies  ikan  yang menjadi kegilaan kaki pancing.

Pemancing, Mohd Supian Rasid, 53, dari Kampung Bukit Kenak, Jertih, memilih perairan Pulau Perhentian dan Redang kerana sememangnya terdapat banyak ikan.

Beliau yang mahir selok-belok lubuk ikan di perairan pulau itu tidak pernah jemu meluangkan masa untuk memancing sama ada secara individu atau berkumpulan di lokasi berkenaan.

Kelonggaran kerajaan dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini baru-baru ini memberi sedikit ruang kepada kaki pancing untuk melepas rindu di laut.

Peluang itu dikongsi  Mohd Sufian bersama lapan rakan lain keluar memancing ke Pulau Redang, kelmarin.

Katanya, hasil memancing di situ beliau berjaya menumpaskan ikan ebek seberat 14.2 kilogram selepas kira-kira kira-kira 15 minit bertarung.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  53  =  61