E-sukan tawar pingat di Sukan Asia 2022

 E-sukan tawar pingat di Sukan Asia 2022

KUALA LUMPUR, 3 Mac: E-sukan secara rasminya akan membuat penampilan sulung sebagai sukan yang ditawarkan pingat pada Sukan Asia ke-19 di Hangzhou, China, tahun hadapan.

Menurut Majlis Olimpik Asia (OCA), perkara itu diumumkan pada majlis menandatangani perkongsian secara maya di mana Persekutuan Sukan Elektronik Asia (AESF) menjadi rakan kongsi tunggal dalam penganjuran dan pengurusan program e-sukan yang dijadualkan pada September 2022.

Perkongsian berkenaan memberi AESF peluang untuk menganjur dan mengurus pertandingan kelayakan dan temasya sukan itu sendiri di Hangzhou.

Menurut OCA, persediaan ini akan diteruskan pada Sukan Asia pada masa hadapan.

Di bawah program e-sukan di Hangzhou 2022, enam pingat akan dipertandingkan dan AESF akan memilih permainan yang sesuai dan akan menyerahkan senarai kelulusan kepada OCA.

Presiden AESF Kenneth Fok berkata, Sukan Asia adalah platform terbaik untuk komuniti e-sukan berkembang serta berkongsi nilai Olimpik dengan komuniti ini.

“Kami mengalu-alukan kerjasama yang berjaya dengan OCA dan Jawatankuasa Penganjur Tempatan untuk Sukan Asia Hangzhou 2022,” katanya dalam kenyataan.

 

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  4  =  2