E-Dagang Malaysia paling cepat tumbuh berbanding negara Asia lain

 E-Dagang Malaysia paling cepat tumbuh berbanding negara Asia lain

Cyberjaya : Menurut laporan dari Digital Trade In Asia Pacific, Malaysia mendahului di dalam pertumbuhan perdagangan digital berbanding negara Asia lain seperti Jepun, Korea, Singapura dan China.

Pada tahun 2021 sahaja, hasil dari e-dagang di Malaysia melonjak ke 61% berbanding China dengan nilai sebanyak $6.1 bilion.

Hasil perniagaan ini dikumpul dari pelbagai sektor di semua negara Asia seperti pengeluaran, penjualan, perdagangan, pembayaran dan logistik.

Tambah laporan itu lagi, terdapat kekangan di dalam mengeksport produk digital Malaysia keluar negara kerana faktor infrastruktur logistik dan operasi teknikal merentas sempadan. Ini para pemain dan kerajaan perlu berganding bahu menyelesaikan cabarannya.

Pengarah Urusan Jendela Biz, Ismail Ibrahim berkata, sudah tiba masanya usahawan digital negara mula mengeksport produk dan servis mereka ke negara-negara Asia. “Kita boleh bermula dahulu di Indonesia ataupun Thailand yang mempunyai citarasa yang boleh dikatakan sama dengan kita. Jadi produk dan servis usahawan Malaysia mampu untuk blend dengan pengguna di sana”.

Pasaran digital yang telah matang di Asia seperti China, Korea Selatan, Singapura, dan Jepun mempunyai teknologi yang baik, tetapi dilihat tidak mempunyai pilihan produk dan servis yang menarik berbanding pasaran negara Asia membangun seperti Malaysia, Thailand, Vietnam, Indonesia dan Filipina.

“Pasaran Indonesia jika kita masuk pun sudah mampu menjadi jutawan yang terbilang di dalam industri digital”, tambah Ismail.

Jendela Biz merupakan sebuah syarikat teknologi digital yang menyediakan platform menyeluruh di dalam mentransformasikan perniagaan kepada digital. Mereka mempunyai pelanggan dari pelbagai sektor kerajaan, swasta, usahawan dan selebriti.

Bagi yang berminat untuk mentransformasikan perniagaan ke arah digital atau menjadikan Jendela Biz sebagai satu perniagaan francais, mereka boleh melayari www.jendela.biz untuk menerima informasi lengkap.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *