• Thursday, 17 June 2021, 1:53 pm

Duta Besar Malaysia seru pekebun pisang eksport produk ke Chile

 Duta Besar Malaysia seru pekebun pisang eksport produk ke Chile

SANTIAGO, 9 Jun — Duta Malaysia ke Chile, Abu Bakar Mamat mengajak pekebun pisang di Malaysia untuk mengeksport produk mereka terutamanya daun pisang ke negara Amerika Latin itu.

Menurut Abu Bakar, Hojas de platano, atau nama daun pisang antara produk yang mendapat permintaan disana.

Duta Besar Malaysia ke Chile, Abu Bakar Mamat mengajak pekebun pisang teroka pasaran Amerika Latin.

“Di Chile, pokok pisang memang susah nak hidup, orang Malaysia di sini kalau nak buat nasi lemak bungkus, pulut panggang atau tepung pelita, kenalah beli daun pisang dalam paket yang berasal dari Peru,” katanya.

Harga pasaran disana pula mencecah   3,000 peso bersamaan dengan RM17.

Kedutaan Malaysia di Chile boleh dihubungi melalui email mwsantiago@kln.gov.my atau layari lamanweb https://www.kln.gov.my/web/chl_santiago

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *