Durian tak laku!

 Durian tak laku!

SEGAMAT, 24 Jan 2022 – Pelik! Raja buah buruan penggemarnya tidak mendapat sambutan, kali ini.

Sebut sahaja Musang King, IOI, D24, Tok Litok dan durian Kampung Ulu Cheka, buah daripada pelbagai varieti gred berkualiti ini pastinya akan menjadi buruan lebih-lebih lagi ketika musimnya.

Apa yang peliknya, peniaga durian berasa sesuatu tidak kena apabila durian berbuah di luar musim kali ini tidak laku sehingga mengakibatkan segelintir mereka menanggung kerugian.

Penjual durian, Zainuddin Omar, 62, Bandar Baru Jerantut, Pahang berkata, dia berasa pelik apabila pelbagal jenis durian termasuk Musang King yang dijualnya tidak mendapat sam­butan penggemar.

“Hanya saya menjual durian di sini, orang ramai yang berkunjung ke pekan sehari bandar ini tidak menoleh atau bertanya harganya seperti kebiasaan.

“Hanya dua orang sahaja ­datang membeli buah durian hari ini,” katanya yang turut melahirkan rasa kecewa.

Katanya, pelbagai jenis durian diborong dari Damak dan Ulu Cheka di sini, seperti durian kampung, durian kahwin, I0I, D24, Tok Litok dan pelbagai lagi durian berkualiti baik, tidak terjual.

Katanya, harga berpatutan seper­ti durian kahwin dijual antara RM20 hingga RM25 sekilogram (kg) Musang King gred B (RM30-RM35), Musang King gred A (RM60-RM80), manakala durian kampung antara RM10 hingga RM15 sekg.

“Durian kahwin tidak mampu tahan jika tak dijual dalam tempoh tiga hari, ia dibuang begitu sahaja berban­ding durian kampung yang boleh dibuat tempoyak,” katanya.

Peniaga sama, di Kampung Damak, Zulkifli Mamud, 56, berkata, dia terpaksa menanggung kerugian apabila buah du­rian di luar musim tidak mendapat perhatian pelanggan termasuk melalui jualan atas talian.

“Banyak baka durian kampung yang kami pasarkan di tepi jalan Jerantut ke Benta langsung tidak diendahkan pemandu kenderaan berbanding sebelum ini.

“Selalunya, ketika musim durian, kawasan Damak ini mendapat perhatian dan dipenuhi penggemar durian dari seluruh pelusuk negeri,” katanya- inforakyat.net

Sumber: Sinar Nasional

fhatihah Zakinan

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

55  −    =  53