DUN Johor bersidang 12 Ogos ini – Sultan Johor

 DUN Johor bersidang 12 Ogos ini – Sultan Johor

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini bertitah supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bersidang pada 12 Ogos ini.

Baginda juga berkenan untuk berangkat bagi merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Keempat pada tarikh tersebut yang akan diadakan di Kota Iskandar.

“Saya mahu semua Ahli Dewan bersatu hati untuk bersidang demi kepentingan rakyat dan negeri Johor terutamanya mengenai pelan tindakan bagi membantu kehidupan rakyat yang terjejas akibat wabak Covid-19 dan menyusun pelan pemulihan ekonomi negeri Johor dengan sebaiknya.

“Saya berasa amat sedih melihat kehidupan rakyat saya yang dalam kesusahan, ketakutan dan kegelisahan sekarang ini.

“Saya juga kecewa kerana sehingga hari ini, masalah penularan virus Covid-19 masih belum dapat diselesaikan,” titah baginda yang dimuat naik dalam Facebook rasmi baginda, hari ini.

Baginda bertitah demikian selepas menerima menghadap Menteri Besar, Dato’ Hasni Mohammad; Setiausaha Kerajaan Johor, Dato’ Azmi Rohani dan Penasihat Undang-Undang Johor, Amir Nasruddin, pagi ini.

Sultan Ibrahim turut menerima menghadap Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dato’ Dr. Aman Rabu bagi mendapatkan laporan keadaan pendemik Covid-19 di negeri ini.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

25  +    =  28